Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Niger sebuah negara miskin di Afrika Barat dengan taburan penduduk 27 juta orang (2016). Oleh kerana iklim negara itu bersifat gurn Sahara, ia menikmati taburan hujan tahunan yang amat sedikit di antara 200 – 600mm. Bagi penanam, ini satu cabaran amat besar kerana tanpa air hujan, tanaman memang sukar untuk diusahakan.
Dalam pada itu, negara ini merupakan pengeluar uranium kelima terbesar di dunia. Bahan ini untuk kegunaan dalam senjata nuklear. Selain itu di kawasan yang masih ada sedikit taburan hujan, kacang, sorghum dan millet adalah tanaman umum diusahakan. Memandangkan kadar kelahiran yang agak tinggi, paras hidup negara ini tetap di bawah kemiskinan dan terpaksa menghulurkan tangan kepada masyarakat umum untuk mendapat bantuan.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Di bawah keadaan ini, demi mengelakkan kelaparan, penanam di situ terpaksa menjalankan cucuk tanam di tanah yang tidak subur serta kering. Sebahagian pendudk menjalankan ternakan haiwan, namun keadaan ini sebenarnya menerukkan lagi tanah yang kering ke hala penggurunan.
Bagi penanam, mereka tahu membaja adalah penting untuk melestarikan tanaman. Oleh itu mereka mengamalkan pembajaan dengan kadar satu penutup botol yang kira-kira 6 gram sahaja. Selepas itu baru mereka menanamkan millet. Walaupun kadar pembajaan ini adalah kecil tetapi millet yang ditanami – 70% lebih banyak turut mengeluarkan hasil 55 daripada yang tidak membaja. Keadaan ini menyatakan mereka ini sungguhpun amat miskin tetapi mereka masih mahu membajakan tanaman mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, masa hadapan mereka akan menjadi lebih rumit lagi kerana tanpa membaja, maka tiada hasil untuk dipungut.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com










