Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Jus alpukat, atau jus avocado, ialah minuman pencuci mulut yang sangat popular di Indonesia. la pada asasnya adalah “shake” yang diperbuat daripada avocado yang diadun dengan susu dan ais, serta sihat dan mengenyangkan.
Jus avocado, atau jus alpukat dalam bahasa Indonesia, ialah minuman sejuk berkhasiat dan lembut, ia diperbuat daripada avocado segar yang diadun dengan susu segar dan susu pekat. Sedap dan pekat, minuman ini sebenarnya lebih dekat dengan “shake” daripada jus. Penyedut minuman atau sudu diperlukan untuk menikmatinya. Jus alpukat lazimnya dihidangkan di Indonesia (bergantung pada musim), daripada penjual minuman kecil sehingga ke restoran mewah.
Minuman ini manis dan berkrim, jadi ia sebenarnya lebih baik dihidangkan sebagai pencuci mulut, tetapi ia sentiasa disenaraikan dalam menu minuman walaupun ia bukan penghilang dahaga. Orang Indonesia sebenarnya tidak mempunyai konsep kursus pada menu. Mereka menganggap itu adalah perkara biasa mengambil sesuatu yang manis di tengah-tengah hidangan utama. Jus alpukat memang sedap, menyegarkan dan mengenyangkan. Minuman yang menyihatkan juga! Avocado kaya dengan khasiat, dan ia mempunyai banyak manfaat kesihatan: ia baik untuk jantung, memupuk gula darah yang sihat, menguatkan tulang dan banyak lagi.

Mengawal Kemanisan
Orang Indonesia gemar terhadap susu pekat, dan sering mencampurkannya ke dalam hampir setiap minuman manis dan pencuci mulut. Jika anda bimbang tentang jumlah gula yang terkandung dalam minuman atau hanya ingin menjadikan minuman itu lebih sihat, susu pekat boleh dikecualikan. Ia tidak akan menjejaskan rasa, kerana campuran susu dan alpukat sudah berkhasiat dan berkrim. Pemanis semula jadi seperti madu juga boleh menjadi pilihan yang lebih sihat. Tambahan susu pekat coklat atau sirap bagi menghiasi gelas serta menambah sedikit rasa coklat pada “shake”, ini juga adalah pilihan.
Jus alpukat juga bagus untuk sarapan pagi. Kandungannya yang kaya dengan vitamin ini akan menceriakan seharian anda. Sentiasa sediakan “shake” sejurus sebelum dihidangkan untuk mengekalkan kesemua kesegaran.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Bahan-Bahan Menyediakan Jus Alpukat :
• 2 buah avocado masak sederhana
• 1 gelas susu segar
• 0.5 cawan susu pekat manis
• 0.5 gelas ais
• Susu pekat coklat untuk hiasan (pilihan)
Cara Membuat :
• Belah avocado, pastikan pastikan bijinya dibuang dan dicedok isinya.
• Campurkan avokado, susu segar, susu pekat dan ais kemudian diadun menjadi “shake”.
• Pindahkan avocado “shake” ke dalam gelas hidangan, hiaskan dengan susu pekat coklat.
• Hidangkan segera.
Sumber maklumat :
www.cookmeindonesian.com
Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com










