Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Menanam sawit di tanah gambut mendalam memang mencabar kerana tanah sangat lembut menyebabkan pokok sawit semakin mencondong apabila umurnya meningkat. Di Sarawak, MPOB pernah menjalankan satu kajian terhadap perkara ini. Kajian ini mengambil masa 15 tahun melibatkan 3 ahli penyelidik dari pusat tersebut serta membabitkan perbelanjaan RM15,000 sahaja. Kajian itu telah memadatkan tanah gambut di situ sebanyak 3 kali tetapi hasil sawit tidak juga meningkat. Amalan memadat tanah gambut justeru dipercayai bukanlah faktor utama dalam peningkatan hasil sawit.
Pokok semakin condong apabila pokok semakin membesar di tanah gambut khusunya tanah gambut mendalam. Keadaan ini menyebabkan lalu-lintas alat pengangkutan ladang terganggu. Malahan, arah penerimaan pancaran cahaya matahari pokok juga terganggu. Bahagian pokok yang kurang menerima pancaran cahaya matahari itu akan memberi hasil buah yang berkurangan.
FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Oleh yang demikian, pokok sawit di tanah gambut mendalam hendaklah dicondongkan ke satu arah yang sama melalui penggunaan traktor di peringkat umur 30 bulan selepas ditanam. Ladang menjadi teratur selepas itu. Amalan ini juga berjaya meningkatkan hasil sawit. Mengikut sumber, hasil sawit terkumpul pada 6 tahun kutipan pertama mencatatkan 23.5 tan/ha/tahun iaitu lebih tinggi daripada keadaan sebelumnya yang pada 22.4 tan/ha/tahun.
Dalam kajian itu, aras air bawah tanah juga diselidiki. Didapati aras air tersebut dari permukaan tanah jika kurang daripada 50cm, keadaan ini tidak akan mengganggu pengeluaran hasil normal. Umumnya hasil sawit berada di tahap optimum jika aras air bawah tanah berada di tahap 40 cm dari permukaan tanah. Ini adalah bagi pokok berumur di antara 4 – 7 tahun. Umur pokok yang melebihi 7 tahun pula mencatatkan hasil optimum apabila aras air bawah tanah adalah 50cm dari permukaan tanah. (Kod kajian MPOB: BD1-2.6.9)
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my










