Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Statistik tahun 2021 menganggarkan tanaman sayur-sayuran di Malaysia mempunyai jumlah keluasan 61,347 hektar. Berbanding tahun lepas, angka ini menunjukkan sedikit peningkatan. Di antara keluasan ini, cili (cili panjang dan cili padi) merangkumi 3,946 ha dengan jumlah keluaran 31,674 tan. Keluasan cili panjang (3,320 ha) jauh lebih tinggi daripada cili padi (626 ha), begitu juga dengan jumlah pengeluaran cili panjang yang dianggarkan 29,960 tan berbanding cili padi pada 1,714 tan sahaja.
Pada tahun lepas, pasaran cili menunjukkan trend peningkatan yang memberangsangkan. Keadaan ini memupuk ramai petani mengalih ke sektor tanaman ini dan selanjutnya meningkatkan keluasan tambahan lebih 2,000 ha berbanding tahun lalu. Cili panjang masih menjadi pilihan utama petani kerana buahnya besar dan lebih berat, sebaliknya cili padi bersaiz kecil serta memerlukan tenaga buruh yang tinggi untuk mengutip hasil.
Di Malaysia, pengeluaran cili hanya tertumpu di beberapa negeri dan daerah sahaja. Umpamanya kawasan Bachok di Kelantan (2,062 ha), Kluang di Johor (2,116 ha) dan Cameron Highland di pahang (1,165 ha) adalah tiga kawasan utama yang mengeluarkan cili secara skala besar. Petani kaum. Melayu kelihatan lebih gemar menanam cili dan timun, justeru itu Kelantan menjadi hub penting dalam penanaman cili di Malaysia. Oleh kerana cili juga sesuai ditanami di kawasan beriklim sederhana, justeru Cameron Highland turut menjadi pengeluar cili yang penting dalam negara.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Bahan rujukan :
Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian, 2021.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com










