You are currently viewing Permintaan Belimbing Buluh Meningkat Berikutan Peningkatan Sambutan Sambal Hitam

Permintaan Belimbing Buluh Meningkat Berikutan Peningkatan Sambutan Sambal Hitam


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) berlainan daripada belimbing biasa (Averrhoa carambola). Kedua-duanya adalah sama dari genera tetapi berbeza dari spesies. Tanaman ini juga dianggap sebagai belimbing liar, namun, potensinya semakin meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana ia adalah bahan mentah penting dalam sambal hitam yang juga dikenali sambal Pahang.

Melalui hebahan media sosial, permintaan terhadap sambal ini berjaya membentuk satu arus yang kuat. Di daerah Jerantut, Kuala Lipis malah di Raub, Pahang, permintaan terhadap sambal hitam sudah melebihi bekalannya menyebabkan wakil rakyatnya mengagihkan 230 anak pokok belimbing buluh kepada penduduk sekitaran untuk ditanam bagi menjana pendapatan tambahan apabila matang nanti.

Menurutnya, belimbing buluh rebus kini dijual dengan harga RM20 – RM30/kg, permintaan terhadapnya sangat tinggi sehingga tidak dapat menampung permintaan itu.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Belimbing buluh selepas ditanam 3 tahun akan mula berbuah. Pembuahannya berlaku sepanjang tahun. Didapati risiko penyakit dan perosak serangga juga amat kurang. Dua tahun lalu, wakil rakyat yang sama telah pun mengagihkan 3,500 anak pokok tanaman ini kepada mereka yang berminat untuk ditanam di sekeliling rumah atau dusun agar dapat memenuhi permintaan kelak.

Suatu hari nanti, belimbing buluh mungkin akan menjadi tanaman komersial sekiranya trend permintaan seperti hari ini terus bergelora. Buat masa ini, penanamannya hanya untuk memenuhi permintaan pasaran nic iaitu pasaran pembuatan sambal hitam yang kononnya sangat menyelerakan.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com