FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Tahap fosforus yang rendah dalam tanah di Malaysia menyebabkan penokokan nutrien ini adalah wajib. Tambahan, kadar penetapan oleh tanah ke atas nutrien ini juga lebih tinggi berbanding nutrien lain. Di sini, perkara yang sama-sama penting ialah kecukupan fosforus akan membolehkan simbiosis terhadap kalium dan nitrogen berlaku dan perkara ini amat penting untuk meningkatkan hasil sawit.
Eksperimen dari Semenanjung Malaysia sudah menunjukkan bahawa aplikasi kalium dan nitrogen sering menimbulkan tindak balas yang besar. Namun, tindak balas yang optimum hanya akan berlaku jika fosforus diberikan secukupnya. Berdasarkan fakta ini, maka cara aplikasi fosforus menjadi topik utama kerana keupayaannya meningkatkan simbiosis demi pengeluaran hasil sawit yang lebih lumayan. Sehubungan itu, fosforus juga penting dalam pemupukan tumbesaran tanaman khususnya pengakaran yang lebih sempurna.
Eksperimen berkenaan pernah dijalankan di tanah pedalaman dan pesisir pantai dan sama-sama menimbulkan kesan menggalakkan. Di tanah pedalaman, dos fosforus (CIRP) pada kada 3.0 – 4.0 kg/pokok/tahun memberi kesan yang baik. Sebaliknya di tanah pesisir pantai, keperluan dos fosforus dianggap lebih rendah dengan 2.0 – 3.0 kg/pokok/tahun sudah mendatangkan kesan yang baik. Namun, untuk mendapat kesan tersebut, baja nitrogen (bukan kalium) perlu dibekal pada masa yang sama.

Dahulunya, para penyelidik mendapati sekadar aplikasi fosforus sebanyak 2 kg/pokok/tahun di kawasan sawit tanam semula sudah memadai untuk mendapat hasil optimum. Berikutan bahan tanaman kini yang lebih maju, dos aplikasi fosforus dijangka perlu ditingkatkan. Keadaan ini juga berlaku ekoran proses tanam semula sudah berlaku 3 – 4 generasi menyebabkan aras nutrien dalam tanah semakin lemah.
Penokokan fosforus dijangka akan berlaku di tanah pesisir pantai manakala keperluan fosforus di tanah pedalaman lebih terhad kerana tanah tersebut kononnya mengalami penguraian biojisim yang lebih tinggi dan nutrien di dalamnya sudah dikitar semula ke dalam tanah. Eksperimen di tanah pedalaman itu menunjukkan bahawa jika fosforus ingin mencapai kesan optimum, maka perlu ada dos nitrogen yang bersesuaian untuk tujuan simbiosis khususnya pada tahun-tahun kemudian. Pada masa sama, jika dos aplikasi fosforus tidak munasabah, maka tidak akan memperolehi kesan nitrogen yang diingini. Daripada sini, maka disyorkan penggunaan fosforus pada kadar yang lebih tinggi untuk mendapatkan kesan nitrogen yang setimpal.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Di tanah pesisir pantai pula, kesan daripada bekalan fosforus hanya akan wujud jika dos nitrogen dibekal bersama. Tanpa fosforus, kesan nitrogen tidak dapat dibangkitkan. Menyungkup tanaman sawit dengan buah tandan kosong sawit berupaya mencairkan fosforus dan menurunkan kadar penetapannya oleh tanah. Ini satu kelebihan penyungkupan pokok dengan buah tandan kosong sawit.
Kesimpulan, di tanah pesisir pantai, dos aplikasi fosforus 3 kg/pokok/tahun mendatangkan kesan ekonomi yang paling optimum manakala di tanah pedalaman, aplikasi fosforus pada 4.5 kg/pokok/tahun memberi pulangan terbaik.
Sumber maklumat :
Zin Z Zakaria et al., ‘Maximizing The Potential of Phosphate Fertilizers For Increasing Mature Oil Palm Yield’, MPOB TT. NO. 347, 2007.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my










