You are currently viewing Projek IPR-INTAN Di Sabah Dijangka Menghasilkan 5,000 Tan MD2

Projek IPR-INTAN Di Sabah Dijangka Menghasilkan 5,000 Tan MD2


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

KOTA KINABALU: Projek penanaman nanas MD2 di Sabah, di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat – Usahawan Tani (IPR-INTAN), dijangka menghasilkan 5,000 tan metrik dengan anggaran pendapatan RM20 juta bermula akhir Oktober hingga Julai 2025.

Timbalan Pengurus Besar Lembaga Perindustrian Getah Sabah (LIGS) Eswadi Roslan berkata projek itu bermula Ogos tahun lepas dengan pembersihan tanah dan penyediaan tapak, diikuti penanaman pada September tahun yang sama.

Katanya, fasa penanaman pertama melibatkan kawasan seluas 80.9 hektar membabitkan 180 peserta di Kampung Gana, Kota Marudu, terletak kira-kira 158 kilometer dari Kota Kinabalu.

“Penyelenggaraan berterusan juga dijalankan bagi memastikan hasil tuaian tahun ini, selain penanaman sulur nanas di kawasan seluas 80.4 hektar,” katanya kepada Bernama.

Pada 16 April lalu, Timbalan Ketua Menteri II Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dilaporkan berkata LIGS telah diamanahkan untuk melaksanakan program IPR-INTAN melalui penanaman nanas MD2 di kampung itu bagi menambah pendapatan penduduk dan membasmi kemiskinan.

IPR-INTAN merupakan program di bawah Kementerian Ekonomi bertujuan membantu petani B40 di kawasan luar bandar melalui penyertaan dalam pertanian kluster.

Menurut Eswadi, RM11.4 juta diperuntukkan kepada LIGS tahun lalu untuk fasa awal projek itu, dan fasa kedua membabitkan kawasan seluas 121 hektar dengan kos RM16.5 juta akan memanfaatkan tambahan 270 peserta.

Beliau berkata pelbagai cabaran perlu ditangani dalam program berskala besar itu, khususnya tugas penting untuk memilih lokasi yang sesuai untuk penanaman nanas.
“Faktor seperti tanah yang subur, akses kepada bekalan air yang mencukupi, dan keadaan iklim yang sesuai mesti dipertimbangkan dengan teliti. Ini penting kerana nanas memerlukan air yang mencukupi untuk membesar dengan baik.

“Penubuhan sistem pengairan yang cekap adalah penting untuk memastikan tumbuhan menerima air yang mencukupi dan menguruskan air berlebihan,” katanya sambil menambah bahawa tanaman nanas memerlukan sekurang-kurangnya enam jam cahaya matahari setiap hari, dan tanah harus mengekalkan pH antara 4.5 dan 6.5 untuk memudahkan penyerapan nutrien yang optimum.


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com

Eswadi menjelaskan bahawa perosak seperti kutu putih (serangga penghisap getah) akan melemahkan tanaman dan menyebabkan daunnya menjadi kuning.

Selain itu, nematod menyerang akar, mengganggu penyerapan air dan nutrien, manakala ulat merosakkan daun dan menghalang proses fotosintesis.

“Untuk menangani isu ini, kami menggunakan racun serangga dan racun kulat seperti yang diperlukan, di samping penggantian tanah atau rawatan untuk mengurangkan populasi perosak.

“Kami juga menggunakan baja seperti Yara Mila, Yara Kristalon Green, Yara Kristalon Red, dan baja urea,” katanya sambil menambah LIGS kini mempunyai benih nanas MD2 dan boleh membekalkannya untuk memenuhi permintaan tempatan.

Kota Marudu dipilih untuk projek IPR berikutan kadar kemiskinannya 46.2 peratus, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Pendapatan Garis Kemiskinan pada 2019 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ia juga antara tiga daerah termiskin di Malaysia selepas Pitas (53.6 peratus) dan Tongod (56.6 peratus), selain menjadi antara 10 lokaliti di Sabah yang tersenarai di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (Keluarga Malaysia) pada Mei 2022 .

 

SUMBER MAKLUMAT :

THE SUN, 7/5/2024


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com