You are currently viewing Tidak berbaloi Jika Sawit Kekurangan Boron

Tidak berbaloi Jika Sawit Kekurangan Boron

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Di antara kesemua nutrien surih, boronlah salah satu nutrien terpenting kerana ia memainkan peranan dalam pemupukan meristem pokok yang sihat serta merupakan nutrien wajib dalam pemucukan baru tanaman ini. Meristem boleh disifatkan sebagai “jantung” kepada tanaman. Jika meristem cacat ataupun lemah, pengeluaran daun akan terjejas. Memandangkan dos aplikasi bagi nutrien ini tidak banyak tetapi penting, justeru tidak berbaloi jika tanaman ini menghadapi kekurangan nutrien ini.

Malahan dalam kajian berkenaan didapati boron juga memainkan peranan meningkatkan hasil sawit. Di Congo Afrika, satu kajian telah menunjukkan aplikasi boron telah meningkatkan hasil sawit 42% dalam tempoh 3 tahun. Satu kajian di negara yang sama turut mengesahkan penemuan ini kerana dengan menokok boron 40g/pokok/tahun serta 80g/pokok/tahun, hasilnya masing-masing meningkat 28% dan 12% dalam tempoh 3 tahun.

Di Malaysia, kajian menunjukkan penaburan boron di atas tanah yang hanya menghadapi kekurangan boron yang sedikit tidak meningkatkan hasil sawit. Keadaan ini menyatakan tahap boron dalam tanah hanya perlu mengekal di paras yang normal. Penaburan nutrien ini di tanah yang sudah mempunyai paras boron mencukupi tidak membawa kesan peningkatan hasil. Dari sini, jelas kelihatan boron bukanlah faktor peningkatan hasil sawit tetapi mengekalnya di paras normal adalah wajib supaya keadaan tumbesaran abnormal tidak berlaku ke atas tanaman sawit.

Sawit matang disyorkan menabur boron pada kadar 0.015 0.035kg/pokok/tahun. Pokok belum matang pula disyorkan menabur 0.01kg/pokok/tahun pada tahun pertama. Bulatan merumput merupakan lokasi optimum untuk menabur nutrien ini. Jika dos aplikasi melebihi 0.030kg/pokok/tahun, maka dos ini hendaklah dipecahkan kepada 2 pusingan aplikasi. Tanah masam dengan nilai pH di bawah 4.5 atau tinggi melebihi 7.5 hendaklah memberi perhatian kepada aras kecukupan boron. Di tanah berhasil tinggi, khasnya selepas aplikasi nitrogen dan kalium, peningkatan hasil serta pertumbuhan vegetatif yang cergas dan penyaluran keluar nutrien ini melalui buah tandan segar akan memerlukan tokokan tambahan nutrien ini. Gejala daun kecil merupakan simptom kekurangan boron, justeru itu jika gejala ini timbul, maka aplikasi boron jugalah perlu dijalankan bagi mengelak hasil menurun.

Menurut sumber, kandungan boron dalam sebatang pokok sawit menunjukkan setiap kg biojisim pokok (tidak termasuk akar) beranggaran 7.0 – 8.5mg dengan taburan yang sekata dalam kanopi dan batang pokok. Kandungan boron dalam pelepah sawit akan menurun berikutan lanjutan umur. Dengan kata lain, biojism sawit seluas satu hektar sudah mengandungi boron 0.5kg. Dalam jumlah in, 0.07kg disalur keluar melalui buah tandan segar semasa kutipan hasil.

Daun pokok sawit akan berkedut dan berkerekot apabila menghadapi kekurangan boron. Inilah simptom tipikalnya yang memudahkan pengesanan oleh pengusaha tanaman. Gejala ini disebabkan oleh daun bagi pokok yang menghadapi kekurangan boron mengandungi asid phenol yang lebih tinggi dan selanjutnya menghalang pengoksidaan IAA (sejenis penyelaras tumbuhan seperti pemecahan sel, pemanjangan sel dan sebagainya dalam tumbuhan). Tanpa pengoksidaan yang wajar, bahan ini akan berkumpul dalam daun dan menyebabkan dinding sel lemah dan cacat. Gejala berkedut akan bangkit dan menurunkan keluasan daun serta kecekapan proses fotosintesis. Gangguan ke atas proses fotosintesis ini selanjutnya menjejaskan tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit.

Bahan rujukan :

1. J.A. Rajaratnam, “The effect of boron deficiency on the yield of oil palm in Malaysia”, Advances in oil palm cultivation, Editors R.L. Wastie and D.A. Earp, ISP, 1073.
2. Kah-Joo-Goh and Rolf Hardter, “General oil palm nutrition”, Oil Palm-Management for large and sustainable yields, Editors Thomas Fairhurst and Rolf Hardter, PPI, PPIC, IPI, 2003.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :