You are currently viewing Sayuran Eksotik Sarawak Paku Midin Menjadi Hidangan Menyelerakan

Sayuran Eksotik Sarawak Paku Midin Menjadi Hidangan Menyelerakan


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com

Berasal dari famili paku pakis, paku midin (Stenochlaena palustris) dengan gelaran red fern dalam bahasa Inggeris, kerap dijumpai di paya gambut dan hutan belukar di Sarawak dan dijadikan hidangan masakan yang menyelerakan oleh penduduk Sarawak. Bahagian pucuk mudanya merupakan bahagian bernilai komersial dengan harga pasaran pada RM3 – RM5/kg bergantung pada grednya. Paku midin digoreng bersama ikan bilis dan belacan menjadi hidangan yang sedap.

Paku midin sering dikutip oleh penduduk luar bandar dan dijual untuk menampung permintaan tempatan yang terdiri daripada peminat tempatan dan juga pelawat. Sebagai tumbuhan liar, taburan sedia ada memacu pengumpulan paku midin untuk tujuan eksport kerana kelazatan dan kandungan khasiat yang tinggi di dalamnya tentu dapat menghambat hati pengguna luar negara.

Namun begitu, pucuk muda paku midin yang cepat bertukar ke warna perang serta mengecut menurunkan prestasinya sebagai sayuran eksport. Memandangkan keadaan sedemikian, Pihak MARDI melalui kaji selidik telah menemui kaedah pengendalian lepas tuai bagi mengekalkan mutu dan kesegaran paku midin dan dengan cara ini, paku midin kini memampangkan potensi sekali lagi sebagai sayuran untuk eksport.


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com


Kaedah pengekalan mutu tersebut tadi melibatkan penggunaan larutan vitamin C (asid askorbik), pembungkusan dengan beg polietilena berketumpatan rendah (LDPE) setebal 0.12mm kemudian disimpan pada suhu 4°C dapat mengekalkan kesegaran selama 10 hari. Pengekalan kesegaran termasuk aspek kehijauan pucuk dan kandungan khasiatnya sekali gus melanjutkan tempoh simpanan serta mengukuhkan nilai pasarannya.

Sumber Maklumat :

Dr. Chua Hun Pin dan Saniah Kormin, “Pengendalian paku midin untuk eksport’, Agromedia Bil. 37, 1/2012, MARDI.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com