You are currently viewing Kekatong Kayu balak yang digemari oleh sektor pembinaan

Kekatong Kayu balak yang digemari oleh sektor pembinaan


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my

Kekatong adalah nama standard Malaysia yang diberikan kepada pokok kayu balak Cynometra spp, iaitu satu genus daripada famili Leguminosae. Ada 3 spesis daripada genus Cynometra spp. ini yang biasa digunakan sebagai kayu balak, iaitu C. ramiflora, C. iripa dan C. malaccensis. Di Sabah dan Sarawak, balak ini dikenali sebagai Katong- katong manakala di Filipina, ia dikenali sebagai Dila-dila atau Oringen.

3 spesis kekatong ini tumbuh di kawasan yang berbeza-beza. Misalnya, pokok balak C. ramiflora lebih tumpu pada kawasan pesisir pantai atau berdekatan dengannya serta di kawasan berpaya. Pokok balak C. iripa pula boleh didapati di hutan pedalaman di negeri-negeri Perlis, Kedah, Selangor dan Melaka. C. malaccensis sebaliknya lebih bertumpu di hutan tanah rendah dan bukit sehingga ketinggian 610 m dari aras laut di Semenanjung Malaysia melainkan negeri Johor.

Kekatong dikategorikan sebagai kayu keras berat (heavy hardwood) dalam kumpulan SG2 dan mempunyai ketumpatan (density) di antara 880 – 1155 kg/m3 kering udara. Tekstur kayu adalah sederhana halus dan seragam serta berwarna merah tua, hitam-perang atau coklat.

Walaupun kayu ini keras dan sukar untuk digergaji, namun ia tidak sukar untuk diketam. Selepas mengetam, permukaan tersebut adalah sederhana halus.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Disebabkan oleh kekerasan, kayu kekatong tidak mudah dipaku. Oleh itu, penggunaan kayu kekatong dalam struktur pembinaan mungkin lebih sesuai menggunakan skrew daripada paku. Dalam keadaan ini, skrew sebenarnya mendatangkan kesan yang lebih baik kerana mempunyai ciri keselamatan, kekuatan dan kecanggihan yang lebih tinggi.

Secara umum, kayu kekatong adalah sesuai untuk digunakan sebagai struktur bawahan pembinaan berat, rangka pintu dan tingkap, lantai tahan lasak, tiang, pemegang peralatan mesin, struktur menara pendinginan, palet keras, struktur rangka dan dalaman kenderaan pengangkutan, meja makmal, penyokong pagar, penyokong jalan keretapi dan sebagainya. Ia merupakan salah satu jenis kayu balak berciri tahan lama secara semula jadi (naturally durable) yang popular. Selain aspek kekerasan, kayu kekatong yang berwarna merah gelap serta tekstur sederhana halus menampilkan keindahan unik yang memikat hati.

 

Rujukan :

“Kekatong-For Heavy Heavy Construction”, Maskayu, Vol. 2, March 2011, MTIB.


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com