Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Pada tahun 2020 sahaja, Malaysia mengimport 3.8 juta metrik tan jagung bijian brsamaan RM3.3 bilion bagi memenuhi keperluan pasaran dalam negara. Anggaran keperluan makanan ternakan termasuk ayam pedaging, ayam penelur, khinzir dan ternakan ruminan di negara ini ialah 7 juta merik tan. Ramuan utama bahan makanan ternakan ini terdiri daripada 50 – 55% jagung bijian dan 25 – 35% kacang soya.
Demi mengurangkan kebergantungan makanan ternakan dari luar negara, kerajaan pada tahun 2016 telah mengambil inisiatif memulakan semula Projek Pembangunan Industri Jagung bijian dengan mengambil kira faktor kegagalan projek sebelum ini.
Banyak agensi kerajaan telah terlibat dalam pambangunan semula ini khasnya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) di seluruh negara di tanah yang dianggap sesuai di negeri-negeri Perak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Terengganu pada tahun 2016 dengan jumlah keluasan sebanyak 37.54 hektar dan hasil sebanyak 90.04 metrik tan Jagung bijian. Ia kemudian disusuli projek penanaman jagung bijian di kawasan baru Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak pada tahun 2017 membabitkan jumlah keluasan 315.88 hektar dan hasil sebanyak 546.16 metrik tan.

Pada tahun 2018, sebanyak 399.45 hektar kawasan diusahakan dengan tanaman jagung bijian dan telah mengeluarkan hasil 737.29 metrik tan. Seterusnya tahun 2019 membuka kawasan 416.9 hektar dengan pengeluaran hasil 1,076.72 metrik 2020 tan. Tahun memperlihatkan hanya 98.5 hektar diusahakan dengan tanaman ini walaupun sasaran yang ditetapkan ialah 336.0 hektar.
Kajian penilaian tanaman jagung bijian ini telah dijalankan oleh MARDI melalui Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Risikan Pasaran dan Agribisines setelah diberi mandat oleh MAFI. Kajian ini menilai keseluruhan projek penanaman sejak 2016 hingga 2021 dan melibatkan banyak agensi kerajaan yang sama-sama memberi kerjasama untuk menjayakan kajian tersebut. Hala tuju kemudian ditentukan bagi pembangunan indsutri jagung bijian negara bagi menjamin kecukupan dan kelestarian bekalan indsutri makanan ternakan negara. Beberapa faktor penting telah dikenal pasti dalam kajian ini dan ia juga wujud sebagai masalah dan cabaran yang perlu diatasi supaya industri ini boleh mara ke hadapan selepas penanganan masalah tersebut seperti berikut :
1. Tanah
Isi tanah dibahagikan kepada 4 kategori iaitu jenis tanah, topografi tanah, tanah adat dan kekurangan tanah pertanian. Prestasi penanaman jagung bijian di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak adalah dipengaruhi oleh jenis tanah termasuk tanah bris yang tidak dirawat, penanaman di tanah bris dan tanah sawah yang sama-sama tidak bersesuaian untuk tanaman ini kerana melibatkan kos pengeluaran yang tinggi serta penyediaan kawasan yang khusus. Begitu juga di Johor penanaman jagung bijian dijalankan di tanah liat yang mudah banjir manakala Sarawak pula menjalankan penanaman di tanah gambut. Jenis tanah ini adalah kurang sesuai untuk tanaman ini.
Masalah topografi pula berlaku di Selangor kerana penanaman dijalankan di tanah rendah yang mudah banjir. Melaka, Pahang, Sabah dan Pahang pula lebih banyak kawasan berbukit digunakan untuk tanaman ini. Di negeri Perlis, berlaku masalah kekurangan tanah untuk tanaman jagung bijian. Di negrri Sembilan, masalah tanah adat berlaku dan ia perlu diselarikan dengan undang-undang bagi menggunakna tanah tersebut untuk tanaman jagung bijian. Banyak tanah di Sarawak ditanami kelapa sawit. Banyak tanah di situ sudah dipajak kepada anak syarikat. Di Sabah, banyak tanah tidak bergeran dan ini menghalang bantuan diberikan oleh Jabatan yang perlukan tanah bergeran.

2. Cuaca
Bukan semua kawasan di di Semenanjung Malaysia sesuai diusahakan tanaman ini. Kawasan sesuai ialah di zon 1 dan zon 2 mengikut taburan hujan. Kawasan zon 1 dikenal pasti terletak di Kedah, Pantai Timur manakalah zon 2 pula melibatkan kawasan tengah di Semenanjung Malaysia. Zon 1 dan 2 masing-masing mempunyai musim kering yang nyata bertempoh 3 – 5 bulan dan 1 – 2 bulan serta bertaburan hujan antara 1,500 -2,000mm setahun. Kawasan bertaburan hujan di antara 2,000 – 2,500mm setahun juga sesuai untuk tanaman ini mengikut jadual penanaman yang disyorkan. Kawasan yang basah dengan taburan hujan antara 2,500 – 4,000mm setahun tidak disyorkan untuk tanaman ini.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
3. Benih Jagung Bijian
Pada ketika ini, purata hasil jagung bijian di ladang petani ialah 3 – 4 metrik tan per hektar. Hasil ini dianggap rendah. Umumnya, pengeluaran hasil jagung bijian berkehendakkan sehingga 7 metrik tan supaya berdaya maju dan membolehkan pengurusan optimum. Tambahan, varieti benih juga rentan terhadap penyakit dan perosak. Salah satu punca kepada masalah ini ialah benih jagung bijian kebanyakan diimport dari luar negara justeru kurang rintang terhadap penyakit dan perosak dalam negara ini. Kita sedia makluma bahawa penanaman jagung bijian di Malaysia bergantung sepenuhnya daripada sumber import. MARDI kini sedang membangunkan varieti jagung bijian tempatan yang lebih bersesuaian dengan tanah dan cuaca di negara ini di samping memiliki daya ketahanan yang lebih tinggi terhadap penyakit dan perosak tempatan.
Satu isu lain ialah tempoh matang jagung bijian semasa ini agak panjang kerana jagung bijian perlu mencapai kelembapan 24 26%. Tempoh lebih panjang melibatkan kos yang lebih tinggi. Justru itu, jika tempoh matang itu boleh disingkatkan kepada 90 hari berbanding 110 hari akan merupakan berita baik kepada petani di bidang ini.
4. Penyakit dan Perosak
Isu Fall Armyworm (FAW) merupakan cabaran utama di setiap zon yang menyebabkan penanaman jagung bijian gagal. Serangan FAW telah membabitkan 300 hektar tanah penanaman jagung bijian. Cabaran ini bermula sejak 2019. Tiada rawatan terbaik ditemui untuk perosak serangga ini. Namun MARDI dan Jabatan Pertanian sedang berikhtiar mengatasinya menggunakan kaedah tertentu.
Tikus dan babi hutan antara perosak suka menyerang tanaman jagung bijian dan merosakkan keseluruhan pokok yang ditanam. Lembu juga suka memakan pokok jagung bijian kerana itulah sumber makanan sedap baginya. Kera pula merosakkan tanaman ini jika ia diusahakan di pinggir hutan.
Penyakit reput akar dan hawar daun adalah antara dua penyakit menyerang jagung bijian. Jangkitan berlaku apabila kawasan tersebut dilanda banjir dan juga kawasan yang lembap. Tanaman yang diserang biasanya akan mati dan daunnya kering. Kulat ini merebak dengan kadar yang cepat dalam cuaca agak lembap.
Sambungan ke : Penanaman Jagung Bijian Di Malaysia Cabaran Dan Hala Tuju (Bahagian 2/2)
Sumber maklumat :
Mohd Syauqi Nazmi et al., “Penilaian Penanaman Jagung Bijian Di Malaysia, Pusat penyelidikan Sosio Ekonomi, Risikan Pasaran dan Agribisines, MARDI.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com










