You are currently viewing Pengurusan Pembajaan Pokok Durian Selepas Kutipan Hasil

Pengurusan Pembajaan Pokok Durian Selepas Kutipan Hasil


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Biasanya selepas kutipan hasil buah durian, pekebun akan mula memulihkan keadaan pokok. Pokok di peringkat masa ini memerlukan pembajaan secukupnya supaya mengembalikan kecergasan. Pada masa sama, daun dan pelepah pokok juga akan dipangkas mengikut kesesuaian. Ini kerana selepas pangkasan, pucuk baru akan wujud kemudian diikuti oleh pembungaan. Inilah cara lebih cepat untuk memupuk pembungaan berbanding menunggu daun tua layu dan gugur secara automatik yang mengambil masa lebih lama.

Justeru itu, untuk memupuk pemucukan daun baru, jenis baja apakah yang sesuai digunakan? Terdapat pelbagai jenis baja di pasaran, sesetengah didapati boleh digunakan dan mendatangkan kesan baik. Namun untuk mendapat data lebih tepat, pihak Thailand tetap menjalankan satu eksperimen ke atas pelbagai baja khususnya baja kimia dan baja organik untuk menilai kesan masing-masing dalam pemupukan pucuk daun baru. Eksperimen ini dijalankan ke atas pokok durian berumur 10 tahun bermula dari Jan 2014 sehingga Jun pada tahun yang sama. Hasil eksperimen ini diturunkan seperti berikut :

1. Semua plot yang dirawati dengan pelbagai jenis baja masing-masing mengeluarkan pucuk daun baru selepas 10 hari rawatan. Keadaan ini menyatakan untuk memupuk pemucukan daun baru, pebagai baja sama ada baja kimia atau baja organik boleh dipilih.

2. Bagaimanapun, plot yang dirawati 2kg baja kimia 15/15/15 beserta 15kg tinja ayam menunjukkan kadar pemucukan daun yang terbaik (85.80%) jika dibandingkan dengan rawatan 2kg baja kimia 15/15/15 beserta 25kg tahi lembu yang mencapai pemucukan daun baru pada kadar 80.0% sahaja. Plot kawalan oleh kerana tidak dirawati dengan sebarang baja justeru hanya mencapai pemucukan daun baru pada kadar 33.40%.

3. Tinja ayam mengandungi N yang lebih tinggi justeru memberi kesan lebih unggul daripada tahi lembu dalam pertumbuhan vegetatif pokok.

4. Di plot yang sama, iaitu rawatan 2kg baja kimia 15/15/15 dan 15kg baja tinja ayam, juga merupakan plot yang daun barunya mencapai kematangan paling awal iaitu 40.40 hari jika dibandingkan dengan plot kawalan yang memerlukan 45.40 hari.


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

5. Justeru itu, pekebun boleh mengambil hasil eksperimen ini sebagai rujukan am jika ada rancangan untuk mengurus pokok masing-masing selepas kutipan hasil.

 

 

Bahan rujukan :

Somporn Na Nakorn, ‘Effect of manure and chemical fertilizer on vegetative growth of off-season durian production’, Journal of Agricultural Technology 2015, vol. 11(8).


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com