You are currently viewing Anak Pokok Sawit Bergejala Daun Atas Rata (Flat-Topped) Jangan Ditanam

Anak Pokok Sawit Bergejala Daun Atas Rata (Flat-Topped) Jangan Ditanam


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Anak pokok sawit bergejala daun atas rata (flat-topped seedings) adalah salah satu di antara 11 jenis anak pokok sawit tidak normal. Eksperimen penanaman di lapangan telah menunjukkan hasilnya akan merosot 39.1% setelah matang berbanding pokok normal. Pokok matang yang berasal dari anak benih daun atas rata ini juga menunjukkan gejala serupa dengan karekternya di peringkat kecil iaitu daun atas rata. Daun-daun baru keluar berkeadaan pendek dan tidak membesar menjadikan daun-daun muda sama tinggi dengan daun lebih tua. Pelepah dan daun pokok seperti ini berada dalam corak yang tidak membolehkannya menerima pancaran cahaya matahari secara normal. Keadaan ini menjejaskan tumbesaran dan pengeluaran hasil sawit.

Daripada analisis daun pokok seperti ini, didapati kandungan N, P, K, Mg, Ca dan B dalam daun berada di tahap yang normal. Keadaan ini menyatakan mekanisme pengambilan nutrien oleh pokok tersebut adalah normal dan tidak terjejas oleh karekter tidak normal pokok itu. Hasil sawit menurun akibat penerimaan cahaya matahari yang lebih rendah dan bukannya disebabkan oleh pertumbuhannya.

Anak pokok seperti ini kebanyakan berpunca daripada kecacatan genetik, justeru kadar pemulihan amatlah tipis dan tidak disyorkan untuk ditanam di ladang bagi mengelak kerugian nanti.


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my

 

Sumber maklumat :

Mohaimi Mohamed and Shaharudin Bakar, FFB Yield Reduction Of Abnormal Oil Palms, Proceedings of The PIPOC 2011 International Palm Oil Congress, MPOB, 2011.


FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my