FGV Fertiliser Sdn Bhd
Lot 115, Johor Port Authority Area, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Tel : +607-251 2801/2802/2803
Fax : +607-251 1810
E-mail : fertmarketing@fgvholdings.com
Website: www.fgvfertiliser.com.my
Pada tahun 2020, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah melancarkan satu traktor mini hibrid baru untuk menyembur racun rumpai di ladang sawit. Langkah ini sejajar dengan usaha kerajaan mengurangkan kebergantungan pekerja asing di ladang sawit. Traktor mini ini hanya beroperasi oleh seorang pekerja sahaja justeru dapat menjimat tenaga buruh dalam pengurusan rumpai. Dilaporkan traktor mini ini dapat menjelajahi pelbagai bentuk muka buni serta mengurus rumpai seluas 7.5 hektar dalam sehari menjadikan inovasi ini satu produk yang dinanti-nantikan oleh peladang.
Sebelum ini, penyembur rumpai yang dipasang pada traktor amnya menggunakan petrol sebagai bahan api pada kadar 1 liter/ha serta perlu beroperasi oleh 2 – 3 orang pekerja. Tambahan jenis penyembur juga berupa nozel berkapasiti tinggi menyebabkan perbelanjaan racun yang lebih tinggi serta penggunaan tenaga buruh yang lebih banyak. Dilihat daripada sudut ini, produktiviti kelihatan lebih rendah.
Traktor mini baru ini sebaliknya menggunakan bateri untuk mengoperasikan penyembur serta menggunakan nozel berkapasiti halus bagi menyembur rumpai. Kesemua operasi ini dijalankan dengan senang dan cekap. Menurut analisis, kos keseluruhan operasi dengan traktor mini baru ini hanya RM7.82 iaitu merangkumi bahan api, kos pemeliharaan, kos pelincir tetapi tidak termasuk kos buruh.
Ciri utama bagi traktor mini ini ialah selain dapat menjimat bilangan tenaga buruh, ia juga dapat memuatkan 200 liter racun rumpai. Jika kerja seumpama ini dilakukan secara manual, maka setiap hari rumpai yang dapat diuruskan hanya 1 – 2 ha kerana pekerja perlu berulang-alik memuatkan racun rumpai ke dalam tangki yang dipikul di belakang bahu. Pekerja akan merasa letih menjalankan kerja seperti ini.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
MPOB sudah memohon paten untuk pembaharuan ini. Sama ada pengeluar yang sudi mengomersialkannya atau tidak belum diketahui. Namun, pembangunan tersebut sudah lengkap dan dipercayai komersialisasi traktor mini hibrid baru ini hanyalah soal masa sahaja.
Sumber maklumat :
Mohd Azwan Mohd Bakri et al., ‘Hybrid power herbicide spraying vehicle’, MPOB.Information Series, July 2020, MPOB TT. NO. 672.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my










