Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Jarak tanaman durian disyorkan menggunakan corak segi empat sama (10m x 10m, 100 pokok/ha) atau segi empat tepat (12m x 10m, 83 pokok/ha). Kadang kala 6m x 8m (208 pokok/ha) atau 8m x 10m (125 pokok/ha) juga digunakan jika bentuk pokok adalah daripada varieti yang kompak. Di kawasan bercerun yang menggunakan teres, jumlah pokok yang lebih banyak (125 poko/ha) boleh ditanam di sepanjang kontor bagi mengelakkan tanah runtuh.

Lubang tanaman digali 3 – 4 minggu lebih awal sebelum penanaman bermula. Lubang tersebut bersaiz 1m x 1m x 0.5m (dalam). Sebelum mengambus tanah permukaan, tanah tersebut digaul dengan bahan organik, baja NPK 15-15-15 serta serbuk fosforus 1 – 2 kg/lubang. Jika tanah didapati kekurangan magnesium, maka dolomite dengan kadar 200g/lubang juga boleh ditaburi.

Bagi mengelakkan masalah takungan air di pangkal pokok terutama di kawasan penanaman yang rata atau rendah atau mudah banjir, tapak tanaman juga boleh dinaikkan setinggi 50cm sama ada dalam bentuk segi empat ataupun bulat dengan garis pusat 1 – 4m. Amalan ini biasa dilakukan di Thailand dan Indonesia dan membawa kelebihan dari segi mengurangkan kelembapan di pangkal pokok yang merupakan punca kejadian penyakit kanker batang. Di kawasan yang lebih kering, pemerangkapan air hujan boleh dilakukan dengan membina tapak tanaman berbentuk donut iaitu bahagian atas tapak tersebut dilengkungkan bagi tujuan memelihara air hujan.

Penjagaan anak benih durian amat penting kerana tumbesaran mudah terjejas oleh angin kencang serta keterikan cahaya matahari. Oleh itu penanam sering menggunakan jaring hitam mengelilingi anak benih sebagai pelindung terhadap tiupan angin kencang. Anak benih jika terdedah kepada pancaran matahari, tumbesaran pokok akan terjejas malah mati. Oleh yang demikian, pemasangan jaring hitam atau bakul rotan atau pelepah sawit/kelapa bagi melindungi anak benih atau menanam tanaman kontan seperti jambu batu, pisang dan papaya di tepinya membawa manfaat. Penanaman tumbuhan kekacang bagi memperbaiki tanah di kebun durian di peringkat ini juga satu amalan yang amat digalakkan. Tumbuhan kekacang memainkan banyak fungsi pemeliharaan tanah khususnya kelembapan dan mengawal suhu permukaan tanah.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Bahan rujukan :
1. Abdul Aziz Zakaria, Managing Durian Orchards In Malaysia, UPM, 2020, hal. 36-41.
2. Saichol Ketsa et al., “The Durian : Botany, Horticulture and Utilization”, Horticultural Reviews, Vol. 47, 1st Edition, Editor Ian Warrington, John Wiley & Sons, Inc. Publication, 2020, hal. 152-154.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com










