You are currently viewing Integrasi Tebu Kuning Dengan Sawit

Integrasi Tebu Kuning Dengan Sawit


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Tebu kuning adalah varieti yang paling umum di Malaysia. Kegunaannya ialah sebagai jus segar sama ada dijual di tepi jalan atau di kedai makanan. Tebu kuning boleh dituai selepas 9 – 10 bulan ditanam. Kulit varieti ini adalah lebih lembut berbanding varieti lain dan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah. tanah. Tanaman ini boleh diintegrasikan dengan tanaman sawit dalam 2 tahun pertama penanaman ataupun sejumlah 3 pusingan tebu kuning boleh diperolehi.

Tanaman tebu kuning bersaiz kecil justeru boleh dikultur dalam 2 baris di setiap baris tanaman sawit yang ditanami secara konvensional. Bahan tanaman tebu kuning daripada keratan berukuran 25 – 30cm panjang digunakan kemudian dikambus dalam tanah sedalam 5cm. Keratan tersebut hendaklah direndam dalam racun kulat seperti benomyl sebelum ditanam. Tebu kuning ditanam semasa pembarisan sawit ataupun ditanam serentak dengan sawit. Seperti amalan biasa, tanaman ini elok ditanam di awal musim hujan.

Dalam proses pembesaran tebu kuning, daunnya yang layu hendaklah dipangkas setiap 3 – 4 minggu kemudian diletakkan di bawah tebu sebagai sungkupan. Kutipan hasil dilakukan di aras berdekatan dengan permukaan tanah sambil rumpun tebu dipangkas supaya ratun pertama boleh tumbuh dengan sihat. Ratun pertama ini akan memberi hasil kedua dalam jangka masa 6 – 7 bulan. Merumput secara manual dijalankan setiap 1 – 1.5 bulan, kemudian boleh digantikan dengan penggunaan racun merumput selepas 6 bulan ditanam.

Hasil untuk ketiga-tiga pusingan bagi tebu kuning masing-masing dianggarkan 16,000 –  18,000 batang, 13,000  – 15,000 batang dan 10,500 – 11,800 batang. Jumlah pendapatan kasar untuk keseluruhan projek ini ialah RM33,760 serta jumlah kos RM15,551. Lebihan pendapatan kasar ialah RM18,551 yang memperlihatkan pelaburan setiap ringgit memberi pulangan RM2.17 menandakan projek ini berdaya maju.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com

Untuk mendapat hasil ini, pembajaan adalah wajib. Rumusan baja 15/15/15 boleh digunakan untuk keseluruhan projek penanaman tebu kuning tersebut seperti jadual 1 di bawah :

 

Sumber maklumat :

Suboh Ismail, Integration of Yellow Sugar Cane With Oil Palm, MPOB Information Series, MPOB TT. No. 352, 2007.


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com