Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Umumnya pokok sawit mula mengeluarkan buah tandan sawit selepas 24-30 bulan ditanam. Buah tandan awalan ini ada yang tidak didebungakan dengan sempurna atau tiada isirung menyebabkan cacat justeru mesti dibuang. Buah tandan yang baik dan melebihi 2kg setandan boleh dipotong dan dijual. Selepas itu, semua buah terhasil boleh dikutip mengikut kaedah standard dan dijual kepada pengilang minyak.
Pemotongan buah tandan masak hendaklah mengikut kayu ukur berikut supaya mengurangkan asid lemak bebas. Buah tandan jika terlalu masak akan menghasilkan asid lemak bebas yang lebih tinggi selanjutnya meningkatkan kos prosesan minyak. Buah tandan yang baik adalah berdasarkan kriteria berikut:
1. Piawai Buah Tandan Masak
Satu tandan mayang betina yang sedang mekar mempunyai 5-7 hari untuk menerima debunga. Masa pendebungaan justeru juga berbeza menyebabkan masa buah sawit (fruit set) matang dalam tandan juga berlainan. Dengan kata lain, semua buah sawit dalam satu-satu tandan tidak masak serentak. Menurut pemerhatian, buah sawit di pangkal buah tandan akan masak lebih awal berbanding di bahagian hujung. Buah sawit yang masak akan gugur ke tanah dan kategori buah sawit ini juga mengandungi minyak yang paling tinggi. Ini kerana pembentukan minyak (sintatik minyak) bertambah dengan kadar banyak 17-21 minggu selepas pendebungaan berjaya. Pembentukan minyak ini akan berhenti beberapa hari sebelum buah sawit gugur, justeru itu kandungan minyak memang tertinggi dalam buah relai yang jatuh ke tanah.
Umumnya pembentukan minyak dalam buah sawit bermula selepas 8-22 minggu bunga betina mekar tetapi mulai minggu ke-22, pembentukan atau sintatik minyak akan berhenti, maka itu selagi ada sekurang-kurangnya sebutir buah relai didapati di tanah, buah tandan berkenaan dikira sebagai masak dan boleh dipotong. Disebabkan oleh sintatik minyak tidak berlaku selepas buah tandan dipotong, maka memotong buah tandan tidak masak adalah dilarang.
Untuk menentukan buah tandan masak, rumput yang bersemak di bawah pokok hendaklah dibersihkan. Selain itu jumlah pelepah juga mesti munasabah supaya buah relai tidak tersangkut di pangkal pelepah. Sepohon pokok yang sihat hendaklah dikekalkan jumlah pelepah seperti berikut :
Pokok belum matang Mengekal semua pelepah hijau dan buang sahaja pelepah kering dan layu.
4-7 tahun Mengekal 48-56 batang pelepah
8-14 tahun : Mengekal 40-48 batang pelepah
15 tahun : Mengekal 32-40 batang pelepah
Pelepah yang dipangkas hendaklah disusun berselang dalam barisan pokok. Ladang akan menjadi teratur dalam keadaan ini dan buah relai mudah dinampak di samping memudahkan kutipan buah relai. Kaedah berdasarkan buah relai yang jatuh ke tanah untuk menentukan buah tandan masak ada kala juga susah kerana bua relai mungkin terlontar jauh. Justeru itu penentuan buah tandan masak mengikut warna luaran juga dibenarkan. Dalam keadaan ini, kulit buah tandan yang masak berwarna oren merah manakala yang mengkal berwarna oren kuning.
2. Selangan Masa Dalam Pemotongan Buah Tandan
Menurut hasil kajian, jika buah relai yang jatuh ke tanah kurang daripada 10 biji, maka menetapkan kekerapan memotong buah pada setiap 10-12 hari adalah memadai. Ini kerana OER pada ketika itu berada di paras optimum di samping buah sawit juga mudah dipisah daripada buah tandan pada ketika itu serta pembentukan asid lemak bebas juga di paras rendah.
3. Kepentingan Memungut Buah Relai
Buah relai umumnya datang dari bahagian luaran buah tandan. Ia bersaiz besar dan mengandungi hampir 50% kandungan minyak dalam satu-satu buah tandan. Maka jika buah relai tidak dipungut tentu objektif kadar perahan minyak (OER) tidak akan tercapai. Buah relai dari buah tandan pada pokok muda jika tidak dipungut akan memberi kesan lebih serius berbanding pokok tua kerana buah tandan pokok muda lebih kecil maka peratu- san buah relai pada buah tandan menjadi besar. Dengan kata lain, jika 20 biji buah relai pokok muda tidak dipungut akan menurunkan OER 0.92% pada pokok kutipn hasil tahun pertama hingga ke-5, 0.46% pokok kutipan hasil tahun ke 6-15 dan 0.37% bagi pokok kutipan hasil melebihi 15 tahun.
4. Tangkai Buah Tandan Tidak Harus Panjang
Tangkai buah tandan dihadkan pada < 5cm pan- jang kerana sekiranya panjang sangat maka ia membazirkan ruang semasa pengangkutan ke kilang di samping juga akan menyerap 0.45% minyak semasa prsoesan.
5. Buah Tandan Segera Dihantar ke Kilang
Jika buah tandan disimpan satu hari, asid lemak bebas akan meningkat 0.9% serta terus mening- kat pada hari keesokan. Oleh itu pengusaha sawit hendaklah menghantar buah tandan yang sudah dipotong ke kilang dengan segera. Keadaan ini dapat dibantu melalui pelbagai alat mekanisasi ladang yang sudah dibangunkan.
6. Insentif Dan Denda Kepada Pemotong Sawit
Sekadar membayar gaji potong buah berdasarkan kuantiti buah dipotong kelihatan kurang berkesan kerana pekerja akan memotong seberapa banyak buah yang boleh dalam kerja hariannya menyebabkan buah mengkal turut menjadi sasaran. Sistem insentif dan denda berikut dirasakan memberi kesan positif.
A. Insentif diberikan kepada pemotongan buah masak melebihi 90%
B. Insentif diberikan kepada pemotongan buah tandan bertangkai pendek
C. Insentif diberikan kepada pemotong yang memungut semua buah relai
D. Insentif diberikan kepada pemotongan buah di tanah landai, pokok tinggi, tanah paya atau tanah lecak
E. Insentif diberikan kepada pemotong yang bekerja melebihi 25 hari sebulan
F. Denda dikenakan pada pemotongan buah mengkal melebihi 10%
G. Denda dikenakan pada pemotongan buah bertangkai panjang melebihi 5cm
H. Denda dikenakan jika buah relai tidak dipungut.
Sumber maklumat :
Esnan Ab Ghani, Idris Omar (Penyunting), Perusahaan Sawit Di Malaysia : Satu Panduan, MPOB, 2009, hal. 261-267.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd