You are currently viewing Baja Kuda Merah Berkualiti Tinggi Meningkatkan Hasil Dan Kualiti Durian Secara Ketara

Baja Kuda Merah Berkualiti Tinggi Meningkatkan Hasil Dan Kualiti Durian Secara Ketara

- - iklan - -

Di Dabong, Jeli, Kelantan, eksekutif pemasaran dari Agroharta Fertilizer Sdn Bhd telah menjalani satu lawatan kerja pada 4 Jun 2020 di kebun durian dimiliki sepasang suami isteri Encik Ibrahim Bin Che Musa (71 tahun) dan Wan Kamariah Bt. Wan Mahmood (54 tahun). Pokok-pokok durian dtanami dari pelbagai baka seperti Musang King (D197), Monthong (D159), D24, Brunei, Tok Litok (D169) dan juga durian kampung kelihatan telah matang dan berada dalam tempoh pengeluaran hasil yang tinggi.

Pengeluaran hasil yang tinggi ini juga kelihatan berhasil daripada kesuburan tanah yang berada di paras optimum dan keadaan ini adalah berpunca daripada penggunaan baja Kuda Merah keluaran Agroharta Fertilizer Sdn Bhd. Walaupun kebun ini ditanami dengan pelbagai baka, namun durian Musang King wujud sebagai varieti utama meliputi keluasan 8 ekar yang terdiri daripada 150 pokok. Keseluruhannya, pokok-pokok durian di sini ada yang berumur 26 tahun dan ada yang baru ditanam.

Menurut Encik Ibrahim, masalah utama sebelum ini iaitu semasa penggunaan baja dari syarikat lain tidak menghasilkan bunga yang banyak menyebabkan pengeluaran hasil juga rendah. Keadaan ini menjadi lebih buruk semasa tiupan angin musim mengakibatkan dahan pokok mudah patah serta putik buah juga gugur dengan banyak. Memandangkan keadaan sedemikian, beliau mula memikirkan untuk menukar jenama baja yang digunakan kerana setakat ini baja-baja tersebut tidak memberi pulangan sewajarnya. Apatah lagi harga buah durian yang kini berada di aras tinggi maka kekurangan hasil sebenarnya satu kerugian besar baginya.


Kebetulan beliau telah diperkenalkan dengan baja Kuda Merah dari Agroharta pada tahun 2019 dan tanpa memikir lebih lanjut, beliau terus mencuba baja ini dengan harapan meningkatkan hasil serta kualiti buah. Beberapa bulan selepas penggunaan baja Kuda Merah, beliau dapati kualiti baja ini memang setimpal dengan kehendaknya kerana bilangan buah meningkat hampir 40% ekoran penjanaan bunga yang lebih banyak. Begitu juga dengan kualiti buah terutama isi buah yang lebih manis dan sedap dimakan. Bentuk buah pula kini kelihatan lebih seragam dan bulat, aspek ini penting untk mendapat harga pasaran yang lebih tinggi.


Encik Ibrahim juga mengikut rekomendasi eksekutif pemasaran Agroharta dalam aplikasi baja Kuda Merah. Beberapa jenis baja keluaran syarikat itu telah digunakan mengikut keperluan pokok kerana pokok-pokok di sini adalah dari pelbagai peringkat umur. Namun, yang pentingnya ialah menggunakan baja yang mampu memupuk lebih banyak bungal dan buah. Dalam keadaan ini, beliau telah menggunakan baja Kuda Merah jenis NIFOSK GREEN, NIFOSK S, NIFOSK PREMIUM, SULKA dan NICALBO secara bergilir-gilir kerana setiap jenis baja itu mempunyai fungsi tersendiri. Kesan baja yang amat positif sudah dapat dikesan selepas beberapa pusingan aplikasi.

Ketika meluahkan pandangan selepas penggunaan baja Kuda merah, beliau berkata baja Kuda Merah memang berkualiti tinggi sebagaimana direalisasikan dalam hasil dan kualiti buah yang lebih baik, malahan pokok yang dulunya tidak pernah berbuah kini juga mula memberi hasil. Begitu juga pokok yang sebelum ini kurang sihat kini juga tetap tetap mengeluarkan hasil yang mengglakkan. Dalam pandangan beliau, baja Kuda Merah akan terus digunakan dengan penuh keyakinan.


Untuk masa akan datang, beliau bercadang memasang lampu solar di kebunnya untuk memudahkan kutipan hasil durian di waktu malam. Begitu pengurusan rumput-rumpai juga akan diperketatkan demi membentuk sebuah kebun yang kelihatan lebih kemas dan teratur. Pengurusan rumpai juga penting sebagai langkah menjamin keberhasilan buah di kebun. Demi menjaga pokok-pokok duriannya dengan lebih baik, beliau juga bercadang menebang semua tanaman selingan di kebunnya seperti pokok pisang dan sebagainya kerana kebanyakan pokok durian telah dewasa dan berhasil dengan baik, justeru itu pulangan daripada buah durian sudah cukup lumayan untuk segala perbelanjaan di kebun. Di masa akan datang juga, beliau bercadang menggunakan baja foliar keluaran Agroharta untuk memperkasakan lagi pengeluaran hasil durian di kebun. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Agroharta Fertilizer Sdn Bhd di talian 03-3341 2288, emel admin@agroharta.com.my

Hantar blog ini kepada :