You are currently viewing Penanaman Klon Durian Campuran Mempengaruhi Kualiti Buah ?

Penanaman Klon Durian Campuran Mempengaruhi Kualiti Buah ?

- - iklan - -

Penanaman durian disyorkan supaya menanam beberapa baka durian di satu kawasan yang sama bagi meningkatkan kadar pendebungaan. Ini kerana kebanyakan baka durian hanya akan berbuah dengan kadar baik jika pendebungaan silang dijalankan, iaitu debunga satu baka didebungakan dengan bunga betina dari satu baka lain (pendebungaan silang). Walaupun ada baka durian yang boleh didebungakan sesama baka tetapi kes ini amat jarang dijumpai. Sama ada Klon durian yang ada sekarang ini seperti Musang King, Duri Hitam, 101, Tekka, Udang merah dan lain – lain boleh menjalankan pendebungaan diri (self – pollination), itu belum pasti lagi kerana kekurangan bahan kajian di sisi itu.

Namun begitu, memang lebih selamat untuk menanam beberapa klon bersama, lagipun, baka durian selain Musang King yang kini digemari oleh pengguna juga berkualiti tinggi dan dapat dijual dengan harga baik. Satu persoalan yang wujud di sisi ini ialah adakah kualiti buah akan menurun sekiranya mengadakan penanaman klon campuran ?

Perkara ini pernah dibuat kajian oleh pihak Thailand. Kajian ini dijalankan di Chanthaburi Horticulture Research Center (CHRC) pada tahaun 2000 – 2001 dan 2002 – 2003. CHRC merupakan kawasan tumpuan tanaman durian terpenting di negara itu. Kajian tersebut menggunakan debunga daripada pelbagai baka durian kemudian didebungakan dengan pelbagai baka bunga betina. Baka durian yang digunakan ialah Monthong, Chanee, Kradum Thong dan Phaung Manee iaitu 4 baka terbesar di negara itu.

Hasil kajian menunjukkan kualiti isi buah tidak berubah secara ketara, sebaliknya buah yang diperolehi melalui pendebungaan silang ini lebih canggih dan lebih besar justeru boleh dijual dengan harga lebih baik. Buah ini juga mengandungi biji benih yang lebih banyak dan sihat. Keadaan ini disebabkan oleh buah yang dibentuk melalui pendebungaan silang mengalami proses persenyawaan lebih sempurna lantas menghasilkan buah yang lebih canggih. Pendebungaan diri didapati telah menghasilkan bentuk buah yang tidak sekata atau cacat, malahan kadar pembuahan juga amat rendah berbanding pendebungaan silang, dan putik buah juga banyak gugur.

Pendebungaan diri telah membentuk buah yang kurang cantik, biji benihnya juga leper menyatakan ia bukan biji benih yang sihat dan justeru tidak boleh ditanam. Gejala biji benih leper memang digemari oleh pengguna kerana isi buah menjadi lebih tebal. Gejala ini walaupun ada sedikit kaitan dengan pendebungaan diri tetapi dipercayai bukanlah suatu gejala yang disebabkan oleh pendebungaan diri. Sebaliknya biji benih leper lebih berkaitan dengan genetik baka durian. Umpamanya di antara 9 baka durian komersial Thailand, sudah terdapat beberapa baka yang mengandungi biji benih leper seperti Chanthaburi 5 ada 28.07% biji leper, Chanthaburi 6 ada 21.63% biji leper dan Chanthaburi 3 ada 8.83% biji leper.

 

Sumber maklumat :

1. Chitose Honso et al., “Pollen Sources Effects On Seed Formation and Fruit Characteristics in Thai Durians, Trop. Agri. Develop.53(1):28 – 32, 2009.
2. Michael J. Brown, Durio – A Bibliography Review, International Plant Genetic Resources Institute, 1997, pp.77.
3. Dr. Songpol Somsri, Durian in Thailand, A Success Story, Asia Pacific Accosiation of Agricultural Research Institutions, 2018.

Hantar blog ini kepada :