All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Membaja dalam bulatan merumput di ladang sawit merupakan amalan biasa tetapi sering diiringi dengan kesan yang kurang menggalakkan. Sebab-musabab keadaan ini berlaku ialah :
• Keluasan bulatan merumput hanya merangkumi 20% keluasan di ladang sawit. • Akar pokok sawit matang sudah menjalar keluar daripada bulatan merumput. Lagipun, dalam kawasan merumput mungkin tidak mempunyai kapasiti pertukaran ion kation yang mencukupi untuk menyimpan kalium dan magnesium yang ditaburkan di situ. Tambahan nutrien di situ juga tidak diserap segera oleh akar pokok sawit di samping kawasan itu mengalami kadar larut resap yang tinggi.
• Jika kalium ditaburkan berlebihan dalam bulatan merumput, ion kation kalium akan menyebabkan kehilangan ion kation kalsium.
• Membaja dengan urea dan ammonium sulphate berlebihan akan menyebabkan penurunan kapasiti pertukaran ion kation dan menjejaskan hasil.
• Tanah dalam bulatan merumput sering dipijak oleh pemotong buah atau alat kutipan hasil buah menyebabkan tanah menjadi keras dan kompak. Keadaan ini menyebabkan baja yang ditaburkan di situ mudah dilarikan oleh air hujan dan menurunkan kesan pembajaan.
Sesetengah hasil kajian di Malaysia telah menunjukkan menabur baja fosforus (P) dalam bulatan merumput serta tempat longgokan pelepah pangkasan memberi kesan lebih rendah daripada menabur baja di lorong mengutip buah. Sehubungan itu, menabur baja kalium dalam bulatan merumput juga membawa kesan lebih rendah daripada menabur di tempat longgokan pelepah pangkasan.
Â
Justeru itu, bulatan merumput bukanlah lokasi membaja yang baik. Namun begitu, Teoh dan Chew (1984) dan Yeow & rakan-rakan (1982) mendapati pembajaan yang dijalankan dalam bulatan merumput tidak menunjukkan perbezaan hasil yang ketara, dengan erti kata lain, amalan ini adalah sesuai bagi mereka.ari perspektif lain, didapati penyerakan daun sawit yang telah dipangkas di ladang lebih mendatangkan kesan berbanding daun dilonggok dalam barisan sawit. Selain itu, menyungkup ladang sawit dengan 3.5 tan/ha buah tandan kosong juga meningkatkan kesan pembajaan (Chan dan rakan-rakan, 1993b). Sebagai kesimpulan kecil, pembajaan sama ada dalam bulatan merumput atau di luar bulatan merumput atau pada longgokan pelepah pangkasan sama-sama membawa kesan.oster dan Dolmat (1986) pernah menjalankan kajian terhadap kesan pembajaan dalam 3 lokasi iaitu dalam bulatan merumput, lorong penuaian dan tempat longgokan pelepah pangkasan. Kajian itu dilakukan pada tanaman sawit berumur 7-9 tahun dan 10-11 tahun. Dengan aplikasi baja NPK sebanyak satu kali setahun pada setiap lokasi didapati aplikasi baja dalam bulatan merumput memberi hasil sawit paling tinggi mencatatkan 22.4 tan/ha dan mendahului hasil sawit 21 tan/ha di lokasi pembajaan di lorong penuaian dan lokasi longgokan pelepah pangkasan.
Dalam kajian yang sama, taburan baja NPK di plot tanaman sawit berumur 7-9 tahun memberi hasil lebih tinggi jika dilakukan 3 kali setahun berbanding sekali setahun. Bagi baja N, kesan baja hampir sama di ketiga-tiga lokasi pembajaan tetapi bagi P, hasil sawit lebih tinggi jika diaplikasikan di longokan pelepah pangkasan manakala K pula lebih baik diaplikasikan di lorong penuaian (rajah 1).
Dalam rajah 2, dapat dilihat tanaman sawit berumur 10-11 tahun yang dibaja 3 kali setahun, N lebih baik dijalankan dalam lorong penuaian hasil ataupun longgokan pelepah pangkasan manakala P menmperolehi hasil lebih tinggi jika diaplikasikan di longokan pelepah pangkasan. Bagi K, ia lebih baik dilakukan dalam lorong penuaian kerana masing-masing memberi hasil sawit yang lebih tinggi.
Pada hakikat, persoalan lokasi menabur baja di ladang sawit bukan lagi isu yang hangat dibicarakan kerana penanam secara umum sudah fahami sistem akar pokok sawit matang sudah menjalar keluar daripada bulatan merumput sehingga meliputi hampir setiap pelosok di ladang. Sebab itu pembajaan di ladang sawit sudah pun lumrah menggunakan jentera penabur baja kerana serakan baja tetap membawa kesan sama-sama baik. Langkah ini menjimat masa dan tenaga buruh.
Bagi sektor pekebun kecil, membaja dalam bulatan merumput masih praktikal kerana pembajaan dilakukan secara manual dari pokok ke pokok justeru ia satu amalan yang fleksibel kerana baja boleh ditaburkan di mana-mana kawasan yang sesuai. Dalam hal ini, beberapa cadangan boleh dipatuhi mengikut umur pokok seperti berikut :
1. Untuk sawit berumur 0-3 tahun selepas ditanam, baja N seperti urea dan ammonium sulphate, P seperti batuan fosforus, K seperti kalium klorida (KCI), kieserite dan borate boleh ditaburkan dalam bulatan membaja.
2. Untuk sawit berumur 4-6 tahun selepas ditanam, baja N, K, kieserite dan borate tetap boleh ditabur dalam bulatan merumput manakala baja lain seperti P dan dolomite boleh ditabur di sekitar garisan bulatan merumput.
3. Untuk sawit berumur 7-10 tahun, baja N dan borate ditabur dalam bulatan merumput manakala baja lain ditabur di sekitar garsian bulatan merumput.
4. Untuk sawit berumur lebih 10 tahun, baja N, P, K dan dolomite mesti ditabur di kawasan luar daripada bulatan merumput manakala kieserite ditaburi di sekitar garisan bulatan merumput sedangkan borate tetap ditaburi dalam bulatan merumput.
Rujukan :
1. Kah-Joo Goh et al., “Fertilizing For Maximum Return”, Oil Palm-Management For Large and Sustainable Yields, Eds. Thomas Fairhurst and Rolf Hardter, PPI, PPIC & IPI, 2003, page292-298.
2. Chan, K. W, Lim, K.C and Alwi A (1993b), International oil palm cropping through interaction between inorganic and organic fertilizers. In: Jalani, S, Ariffin, D, Rajanaidu, D, Tayeb, M. D, paranjothy, K, Basri, M.W, Henson, I.E and Chang, K.C (eds.). International Palm Oil Congress, Update and Vision. Kuala Lumpur, 20-25 September, 1993. PORIM, pp.329-342.
3. Foster, H.L and Dolmat, M.T (1986) The effect of different methods of placement and frequency of application of fertilizer to oil palm on an inland soil in Peninsular Malaysia. PORIM Bulletin, 12, 1-11.
4. Teoh, K.C and Chew, P.S (1984). Investigations on areas and frequencies of fertilizer application in matufre oil palms. In: Bachik, A.T and Pushparajah, E. (Eds.) Soils and Nutrition of Perennial Crops. Kuala Lumpur, Malaysia, 13-15 August 1984, MSSS, pp.375-387.
5. Yeow, K.H, Hashim, M and Toh, P.Y (1982), Fertilizer placement investigations in mature oil palm plantings. In: Pushparajah, E and Chew, P.S (Eds.), The Oil Palm In Agriculture in the Eighties-Volume II. ISP. Kuala Lumpur, pp. 183-199.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336