Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Di kawasan yang mengalami kekurangan hasil sawit, sebab utama mungkin berasal daripada penerimaan air hujan yang tidak mencukupi. Jika keadaan itu diiringi oleh keguguran mayang betina yang banyak maka boleh dikatakan itu adalah akibat daripada kekurangan air hujan yang berlaku pada dua tahun yang lalu.
Masa kekurangan air hujan ataupun diketahui sebagai kemarau akan menyebabkan stomata daun menutup dan selanjutnya menyekat pengambilan CO2 dan penjanaan fotosintesis oleh pokok sawit. Keadaan ini akan mengganggu penjanaan zat makanan dan seterusnya pengeluaran hasil.
Menurut sumber, hasil sawit boleh menurun sebanyak 10 – 40% jika air hujan yang diterima itu adalah di bawah aras normal. Di kawasan kemarau yang memasang sistem pengairan, hasil sawit telah meningkat ke aras 31 tan/ha/tahun pada 3 tahun selepas pengairan diberikan berbanding kawasan kemarau yang tidak diairi yang setakat menghasilkan buah tandan 12 tan/ha/tahun. Begitu juga di satu kawasan kemarau di Benin yang hanya menghasilkan buah tandan 3.1 – 4.9 tan/ha/tahun, selepas sistem
pengairan dipasang dan diberikan air, hasilnya meningkat kepada 30 tan/ha/tahun. Daripada sini, sini, jelas kelihatan kepentingan air terhadap tanaman sawit.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Oleh itu, di kawasan yang sering mengalami musim kering, kelembapan tanah hendaklah dipelihara melalui penanaman tumbuhan kekacang penutup bumi atau memelihara rumpai lembut. Parit untuk memelihara air hujan semasa hujan juga perlu disediakan untuk kegunaan pokok sawit semasa musim kering.
Rujukan :
Mohd Haniff Harun, “Yield and Yield Components and Their Physiology”, Advances In Oil Palm Research, Editors Yusof Basiron et al., MPOB, 2000, hal. 151-152.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com