You are currently viewing Kilang Pra-Prosesan Buluh Bakal Mununjang Dalam Industri Buluh

Kilang Pra-Prosesan Buluh Bakal Mununjang Dalam Industri Buluh

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pada tahun 1999, di Vietnam, pengarang asal artikel ini pernah melihat tikar mahjung yang diperbuat daripada buluh. Produk ini salah satu jenis yang digemari. Namun begitu, kawannya di situ memberitahu bahawa banyak kilang tikar mahjung buluh di Vietnam akan menutup perniagaan akibat saingan hebat daripada negara China. Produk mentah buluh di Vietnam amnya lebih murah sebanyak 50% daripada negara China, kenapa produk buluh yang siap meraih pula dengan harga yang lebih mahal? Ini salah persoalan yang dipercayai berasal dari pengurusan kilang dan bahan mentah buluh yang kurang berdaya saing.

Pemerhatian beliau seterusnya di beberapa kawasan di negara China akhirnya membuktikan pandangannya adalah betul. Beberapa tahun lalu, industri buluh di negara China mengalami pertumbuhan yang pesat sehingga boleh dikatakan telah mencapai tahap revolusi, iaitu satu tahap yang memperlihatkan perkembangan yang pesat serta membaharui kaedah prosesan yang lama.

Sebelum tahun 1990, pengilang buluh di negara China perlu membeli bekalan buluh mentah daripada pihak pembekal buluh untuk memperolehi bahagian buluh yang dikehendaki untuk diproses. Pada masa itu, pengilang umumnya terdiri daripada mereka yang hanya menghasilkan produk buluh tertentu, umpamanya papan buluh, papan berlapis buluh, pengepit makanan buluh, tirai tingkap buluh, tikar lantai buluh atau produk cenderamata buluh. Keadaan ini menyebabkan kadar penggunaan buluh mentah yang rendah di tahap 15%. Kebanyakan bahagian buluh yang tidak digunakan dalam pembuatan produk buluh tertentu dibuang sahaja. Ini satu amalan yang amat membazir.

Keadaan prosesan ini tidak wujud lagi di masa kini, sebaliknya digantikan dengan penubuhan kilang pra-prosesan buluh, iaitu kilang yang memproses buluh mentah kepada bahagian-bahagian yang berguna kemudian dijualkan kepada pengilang untuk menghasilkan produk buluh tertentu yang siap. Rantaian pembekalan ini telah meningkatkan kadar penggunaan buluh mentah daripada 15-30% sebelumnya kepada 85-90% di masa kini. Tambahan, kecekapan pengilang juga meningkat ekoran pembekal pembekal buluh akan menyediakan bahan mentah buluh yang lebih bermutu untuk prosesan mereka.

Dengan kata lain, pengilang produk buluh siap kini dapat memfokuskan kerja prosesan mereka dengan lebih sempurna tanpa memikirkan masalah bahan buangan buluh yang mengumpul di premis mereka. Segala sisa buluh mentah kini hanya terkumpul di kilang pra-prosesan yang sama ada akan dikumpul balik ataupun digunakan semula. Keadaan ini juga lebih mesra alam kerana sisa tersebut sebelumnya sama ada dibakar atau dibuangkan ke dalam sungai. Perbuatan ini meningkatkan pencemaran alam.


Kajian Kes

Daerah Angsi di Szejiang negara China, buluh adalah satu industri yang penting. Di daerah itu, 66,667 hektar tanah telah ditanami dengan buluh dan menghasilkan 30 juta batang buluh setahun. Namun begitu, bekalan ini masih tidak dapat menampung permintaan buluh yang tinggi sehingga 150 juta batang setahun. Oleh itu, di Angsi, 80% daripada jumlah keperluan buluh masih perlu diimport dari daerah lain. Keadaan ini telah menyebabkan pengilang di situ amat menghargai penggunaan buluh demi mencapai tahap yang cekap. Justeru itu, senario ini adalah sesuai dijadikan tauladan supaya industri buluh di Malaysia dapat diperkasakan. Spesies buluh yang ditanami di Angsi adalah Moso (Phyllostachys heterocycle var. pubescens) iaitu spisies buluh yang paling popular di negara China.

Sebelum tahun 1990, banyak pengilang buluh di daerah Angsi menghasilkan sisa buluh yang bertimbun-timbun di premis mereka kerana kadar penggunaan buluh mentah yang tidak melebihi 30%, selebih 70% itu untuk dibuangkan ke dalam sungai ataupun dibakar. Keadaan ini telah berubah sekarang. Premis kilang mereka kini adalah bersih dan teratur kerana kadar penggunaan buluh mentah meningkat melebih 85%, ada yang mencapai 90%. Apa yang telah berlaku? Mari kita meninjau beberapa faktor yang telah menambah baik keadaan sebelumnya.

Penubuhan Kilang Pra-Prosesan

Keadaan sebelumnya ialah pengilang buluh ini selepas membeli batang buluh daripada pembekal, hanya memilih bahagian buluh tertentu untuk diproses menjadi produk buluh tertentu, bahagian lain yang tidak dipilih itu dibakar ataupun dicampak ke dalam sungai. Umpamanya, pengilang papan buluh hanya memilih bahagian tengah dan bahagian bawah buluh (lebih kurang 40-50%).

Dengan adanya kilang pra-prosesan, kilang ini dapat membekal bahagian buluh yang dikehendaki sahaja kepada pengilang buluh untuk penghasilan papan buluh. Bahagian buluh yang lain pula boleh dibekalkan kepada pengilang buluh untuk penghasilan produk buluh lain.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Penubuhan kilang pra-prosesan juga mempuk diversiti produk buluh siap. Daerah Angsi mempunyai lebih 1,000 pengilang buluh, justeru itu bekalan bahagian-bahagian buluh daripada kilang pra-prosesan dapat mempercepatkan perkembangan industri buluh kerana pengilang buluh boleh memperolehi bahan mentah buluh yang dikehendaki dengan mudah di samping juga bermutu. Bahagian-bahagian buluh mentah seperti berikut adalah untuk kegunaan industri buluh :

• Pangkal buluh (lebih kurang 5-10%) dijualkan kepada pengilang pembuatan arang buluh.

• Bahagian tengah dan bawah buluh (lebih kurang 40-50%) dijualkan kepada pengilang papan buluh atau perabot buluh)

• Bahagian tengah atas buluh (lebih kurang 30-40%) dijualkan kepada pengilang yang menghasilkan tirai buluh tingkap atau lantai buluh.

• Bahagian atas buluh (lebih kurang 5-10%) dijualkan kepada pengepit buluh untuk makanan atau pakaian).

Ketulan buluh yang kecil dan habuk buluh pula mempunyai permintaan dari pengilang particleboard, produk kompres buluh, pelet bahan api, kilang kertas serta untuk bahan api dalam penjanaan elektrik. Fakta di atas ini menunjukkan bahawa kadar penggunaan buluh mentah telah dapat dipertingkatkan ke tahap yang cekap. Perkembangan ini juga salah satu arus yang dimanfaatkan daripada hasil kaji selidik yang telah berjaya menghasilkan arang buluh, produk kompres buluh serta particleboard yang selanjutnya memperkasakan penggunaan buluh mentah. Kini produk buluh boleh juga digunakan di bidang pembinaan. Langkah ini mempelbagaikan lagi penggunaan buluh.

Industri buluh di Malaysia secara relatifnya adalah kecil dan masih berada di peringkat yang kurang maju. Produk buluh yang dihasilkan hanya sekadar pengepit makanan, bakul buluh serta cenderamata buluh. Namnun begitu, di tahun-tahun kebelakangan ini, sudah wujud industri buluh kecil yang menceburi ke dalam pembuatan perabot buluh. Ini satu gejala yang memberangsangkan.

Buluh dapat dikutip hasil selepas 4-5 tahun ditanam. Kini banyak kilang perabot masih kekurangan bahan mentah untuk digunakan dalam industri. Oleh yang demikian, penubuhan kilang pra-prosesan buluh sebagai satu cabang pengagihan kerja dalam rantaian industri memainkan peranan penting untuk membekal bahan mentah buluh yang dikehendaki kepada mereka sedangkan bahagian buluh lain boleh dibekalkan kepada pengilang yang menghasilkan produk buluh lain. Tindakan ini dipercayai dapat memberi sumbangan besar kepada perkembangan industri buluh di Malaysia.

 

Sumber maklumat :

Zhu Zhaohua, Jin Wei, “The Supply Chain of Bamboo Industry and Full Utilization of Bamboo Materials – A Revolution Brought By Pre-Processing Factories”, Proceedings of the ASEAN Bamboo Symposium 2016, Kuala Lumpur.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :