You are currently viewing Lalat Buah Perosak Sepanjang Masa

Lalat Buah Perosak Sepanjang Masa

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Lalat buah sejenis perosak buah-buahan yang dibenci oleh petani. Ia menyerang pelbagai jenis buah termasuk betik, jambu batu, jambu air, mangga, limau, pisang, durian belanda dan lain-lain lagi. Buah yang matang sering diserangi kerana kulit yang lembut memudahkan larva dari telur lalat betina menggorek masuk ke dalam isi buah. Permukaan buah yang diserangi akan menjadi lebam manakala isi buah akan menjadi rosak.

Kawalan lalat buah terhadap durian belanda boleh dijalankan dengan beberapa kaedah termasuk memasang perangkap feramon, kultur budaya dan juga semburan racun serangga. Perangkap methyl eugenol sebenarnya memerlukan masa yang panjang untuk memantau dan mengawal populasi lalat buah di kebun. la satu kaedah yang sering digunakan di kebun buah sepanjang masa.

 


Kaedah kultur budaya termasuk kira-kira 4 minggu membungkus buah kira-kira sebelum penuaian. Buah durian belanda yang matang mudah dikenal pasti iaitu warna bertukar menjadi kekuningan di samping juga duri berdekatan tangkai agak berkurangan berbanding buah yang masih muda. Selain itu, kebersihan kebun juga perlu dijaga dengan cara mengumpul dan menanam buah yang rosak. Jangan membiarkan buah matang di atas pokok jugalah satu kaedah kawalan yang baik.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kawalan semburan racun serangga boleh dilakukan kira-kira 4 minggu sebelum buah boleh dituai. Racun serangga yang digunakan hendaklah digilir-gilirkn dengan selangan 10-14 hari supaya mengelakkan pembentukan antibodi lalat buah terhadap satu-satu jenis racun. Racun serangga yang sesuai digunakan ialah malathion (contoh: Hextar Malathion, 8 ml/4.5 liter air) atau fenthion (contoh: Lebaycid 550 EC, 10 ml/10 liter air), dimethoate (contoh: Dimet 40 EC, 5 ml/4.5 liter air) atau spinosad (contoh: Success 25 SC).

Sumber maklumat :

Ithnin Badri et al., Serangga Perosak Buah-Buah Tropika Malayia, MARDI 2008, hal. 72-73.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Sila kongsi kepada kawan :