You are currently viewing Kawalan Rumpai Melalui Ternakan Ruminan Membawa Manfaat Besar

Kawalan Rumpai Melalui Ternakan Ruminan Membawa Manfaat Besar

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Menurut bancian, rumpai di ladang sawit yang boleh dimakan oleh ternakan ruminan adalah melebihi 30 jenis. Rumpai ini dikenali sebagai forej merungkumi rumpai, tumbuhan kekacang, tumbuhan renek daun lebar dan paku-pakis. Rumpai bukan forej yang membawa duri seperti Amaranthus spinosus dan Mimosa pudica, atau yang berbulu seperti Clidermia hirta, atau yang berlilin seperti Cassia tora atau berbau kuat seperti Lantana camara tidak dimakan oleh ternakan ruminan, justeru perlu dihapuskan demi mengelakkan kehadirannya di ladang sawit.

Menternakan ruminan seperti kambing dan lembu di ladang sawit membawa banyak manfaat khususnya kos kawalan rumpai yang dapat menurun sehingga 47 – 60% (Davendra, 2011) bersamaan RM21 RM62/ha/tahun. Pusingan memotong rumput juga berkuarangan selanjutnya mengurangkan penggunaan tenaga buruh. Racun rumpai juga mencemarkan alam, maka pengurangan penggunaan akan mengurangan pencemaran tersebut. Jinja ternakan ruminan juga akan menyuburkan tanah dan keadaan ini satu kelebihan kepada tumbesaran tanaman sawit.

Lantaran itu, untuk menternak ruminan di ladang sawit, maka rumpai forej hendaklah dipupuk dan yang bukan forej dihapuskan. Pengurusan rumpai forej termasuk membuat kawalan ke atas tanah yang ditumbuhi forej kemudian mengatur ternakan untuk memakan rumpai di situ. Kawasan tersebut hendaklah dibahagikan kepada zon untuk membuat pusingan ragutan secara bergilir-gilir supaya forej yang dimakan mempunyai masa secukupnya untuk tumbuh semula.

Walaupun begitu, tumbesaran forej juga bergantung kepada pancaran cahaya matahari. Apabila pokok sawit berumur 3 tahun, pancaran cahaya yang masuk ke ladang adalah dalam anggaran 20-30%. Apabila pokok sawit berumur 7 tahun, pancaran cahaya matahari yang masuk hanya 10% menyebabkan banyak forej tidak dapat hidup melainkan bebrapa jenis yang tahan naungan masih terus kekal di situ termasuk Axonopus comprssus, Paspalum conjugatum, Ageratum conyzoides, Nephrolepis bisserrata dan lain-lain lagi.

Antara forej yang ada di ladang sawit, Axonopus compressus dan Paspulum conjugatum mempunyai kadar tumbuh semula yang paling baik dan ternakan ruminan amat suka memakan forej Asystasia gangetica dan Paspulum conjugatum. Sekiranya forej tidak dipelihara dengan baik, maka ia akan menurunkan kesan forej tumbuh semula. Terdapat beberapa projek ternakan di ladang yang telah gagal akibat tidak mengurus forej dengan baik sehingga forej dimakan berlebihan serta tidak mencukupi untuk menampung bilangan ternakan yang terlalu banyak.

Oleh itu, sekiranya forej untuk sehektar kawasan kurang daripada 300kg, maka perlu mengalihkan ternakan ruminan ke tempat lain supaya forej mempunyai peluang tumbuh semula. Dalam keadaan ini, satu hektar diternak 2-3 ekor lembu dianggap bersesuaian dengan jumlah forej yang ada. Kawasan ragutan dibuka semula kepada ternakan setiap 10 – 12 minggu untuk ragutan iaitu tempoh masa satu pusingan supaya forej dapat tumbuh semula.


Menternak ruminan di ladang sawit matang untuk mengawal rumpai adalah satu cara yang boleh dilangsungkan. Dalam satu bancian, 72% pengurus ladang sawit mengakui cara ini membawa kebaikan. Ternakan juga satu sumber pendapatan kepada ladang. Pengurusan projek seumpama ini termasuklah pengurusan rumpai forej supaya taburannya cukup untuk ternakan ruminan. Dalam kawasan 2 hektar, menternak seekor kerbau sudah dapat mengawal rumpai dengan baik dan setiap tahun hanya perlu memangkas pokok-pokok renek sekali sahaja. Kerbau juga pembantu yang baik kepada ladang dalam mengangkut buah tandan segar justeru kombinasi ini memperlihatkan daya kemampanan yang unik.

 

Sumber maklumat :

1. Mohd. Najib Mohd Amin, Anuar Nordin dan Husin Md.Saan, “Ekofisiologi dan Pengurusan Foraj Di bawah Pokok Kelapa Sawit”, Buletin Teknologi Ternakan, Bil. 4 (2008).
2. Mohd Azid Bin Kabul, “Animal Integration as Weed Control in Oil Palm Plantations”, Proceedings of the 5th MPOB-IOPRI International Seminar: Sustainable Management of Pests and Diseases in Oil Palm-The Way Forward, 2013, МРОВ.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :