You are currently viewing Beberapa Amalan Penanaman Jambu Batu Yang Membawakan Hasil Lumayan

Beberapa Amalan Penanaman Jambu Batu Yang Membawakan Hasil Lumayan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Di Kahang, sebuah kebun jambu batu yang mempunyai keluasan 23 ekar ditanami 5,000 pohon jambu batu telah memberi hasil 20 tan di musim kutipan hasil kebelakangan ini. Di antara jumlah pokok ini, hanya 1,500 pokok yang menyumbangkan hasil tersebut sedangkan yang lain masih dalam tempoh pengeluaran buah yang boleh dikutip hasil tidak lama lagi. Keadaan ini menyatakan tanaman jambu batu tetap satu tanaman yang dapat memberi hasil lumayan walaupun tanaman ini memerlukan tenaga buruh yang agak banyak berbanding tanaman lain.

Untuk mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh, penanam telah memasang sistem pengarian renjisan denan harga lebih kurang RM3,000 seekar. Sungguhpun harga pemasangan ini agak mahal, namun inilah salah satu kaedah yang dapat mengurangkan keperluan tenaga buruh serta mendapat hasil yang lebih konsisten.

Masalah rumpai adalah perkara yang perlu ditangani dalam penanaman jambu batu. la sama-sama memerlukan tenaga buruh untuk merumput atau menyembur racun rumpai. Di masa kekurangan tenaga buruh, hal ini memberi masalah yang besar kepada penanam. Sebagai langkah kawalan, penanam telah membeli sungkupan plastik kalis cahaya matahari untuk melitupi kawasan tanaman. Melalui cara ini, objektif kawalan rumpai sudah tercapai di samping sungkupan plastik tersebut juga dapat memelihara kelembapan tanah dan mengurangkan hakisan tanah. Dengan erti kata lain, litupan dengan sungkupan plastik membawa manfaat jangka panjang.

Tanaman jambu batu ditanam pada jarak 15 kaki serta menjalankan pangkasan 3 – 4 kali setiap tahun bagi menggalak pembungaan dan pembuahan. Pangkasan adalah amalan yang penting dalam penanaman jambu batu supaya juga mengelakkan pokok tumbuh terlalu rimbun dan mengundang kedatangan perosak dan penyakit. Jarak ini juga memudahkan operasi ladang.


Dari segi pembajaan, penanam telah mengelakkan penggunaan baja tahi ayam kerana baja ini mempengaruhi prestasi tanaman dari segi daun mudah menjadi kuning, mudah gugur malah berhenti mengeluarkan pucuk baru. Ini disebabkan baja tahi ayam menjadi punca serangan nematod selanjutnya menjalankan kerosakan terhadap tanaman. Serangan nematod yang serius mampu mematikan tanaman. Baja tahi ayam adalah lebih murah dan keadaan ini telah memupuk ramai penanam menggunakannya. Baginya, baja ini telah digantikan dengan baja organik lain yang walaupun lebih mahal sedikit tetapi ia memberi ketenteraman hati tanpa was-was terhadap serangan nematod.

Baja organik ditabur sebanyak 3 kali setahun dengan kadar 3 – 5 kg/kali per pokok. Bagi baja sebatian, taburannya juga sangat kerap dengan kadar 500 – 1 kg/pokok/kali.

Semburan racun serangga dan kulat adalah amalan wajib dalam penanaman jambu batu. Pelbagai jenis perosak merumah pada tanaman ini. Cara kawalan serangga perosak terbaik ialah membalut buah dengan beg plastik biru, namun beg plastik ini menyebabkan kesusahan untuk menentukan buah sudah masak atau tidak. Oleh itu, penanam juga menggunakan beg plastik berwarna putih membolehkan pengutip buah melihat ke dalam. Pancaran cahaya matahari yang terik kadang-kadang juga melecurkan buah jambu batu yang dibalut dengan beg plastik putih. Inilah kelemahannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :