You are currently viewing Penggunaan Fosforus Yang Lebih Aktif Memanfaatkan Pengeluaran Hasil Sawit

Penggunaan Fosforus Yang Lebih Aktif Memanfaatkan Pengeluaran Hasil Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Tanah di Malaysia mengalami kadar luluhawa yang lebih tinggi sehingga menjadi masam. Selain itu kandungan fosforus juga rendah ditambah pula kadar pembekuan yang lebih tinggi oleh tanah menyebabkan keberkesanannya sering tidak dapat dimanfaatkan oleh tanaman. Oleh yang demikian, fosforus yang akan digunakan itu hendaklah diteliti dahulu kerana jenis fosforus membawa kesan yang berbeza.

Di ladang sawit, pokok muda atau yang belum matang dinasihatkan supaya menggunakan fosforus berlarut air seperti ammonium phospate atau super-phosphate atau fosforus yang lebih aktif. Ini kerana kesannya lebih baik daripada CIRP. Pada hakikat, kesan tindak balas antara fosforus dengan tanah adalah lebih penting daripada jenis yang digunakan.

Secara umum, kadar larut fosforus dan kandungan fosforus menjadi penentu keberkesanan. Maka itu, triple super-phosphate (TSP) kelihatan lebih unggul. Fosforus yang mempunyai keaktifan lebih tinggi seperti North Carolina PR (NCPR), Tunisia atau Gafsa PR (TPR) dan Jordan PR (JPR) mengandungi fosforus berlarut air yang lebih tinggi melebihi 40%. Oleh ynag demikian, ia tentu lebih baik daripada fosforus CIRP atau China PR kerana lebih berlarut air. Pada amnya fosforus hanya mengandungi kalsium sebanyak 24 – 33% yang mambawa manfaat meneutralkan tanah serta meningkatkan CEC tanah. TSP hanya memiliki kurang daripada 12% kalsium.

Satu kajian telah dijalankan ke atas tanaman sawit yang mana selepas 36 bulan ditanam, prestasi pertumbuhan menunjukkan ia tidak dipengaruhi oleh jenis fosforus. Dengan kata lain, prestasi tanaman sawit tidak dipengaruhi oleh mana-mana satu jenis fosforus yang digunakan, malahan ia adalah setanding dengan kesan TSP.


Walau bagaimanapun, 5 tahun pertama kutipan hasil menunjukkan fosforus yang lebih aktif membawa kesan yang lebih tinggi sebagaimana dapat dilihat dari pengeluaran hasil yang lebih tinggi. Kesan fosforus lebih aktif malahan lebih baik daripada TSP. CIRP mengandungi fosforus yang lebih rendah, oleh itu kesannya tentu kurang memuaskan. Oleh yang demikian, bagi sawit belum matang atau yang muda, digalakkan menggunakan fosforus yang lebih aktif kerana tahap pengeluaran buah pada 5 tahun pertama didapati adalah lebih tinggi.

 

Sumber maklumat :

Zin Z. Zaakaria et al., “Reactive Phosphate Fertilizers Recommended For Young Oil Palm Planted On Inland Soils”, MPOB Information Series 2005, MPOB TT. No. 256.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :