All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Pengurusan tanaman durian sehingga ke peringkat mendapat hasil buah adalah satu proses yang mencabar kerana tanaman ini sensitif terhadap keadaan cuaca, kelembapan tanah dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan mempengaruhi kadar hidup anak pokok yang baru dipindah tanam ke ladang. Bagi pokok matang, kesan daripada pengaruh faktor-faktor tersebut melibatkan kadar pembungaan dan pembuahan selanjutnya mempengaruhi bekalannya di pasaran terbuka. Oleh itu, adalah wajar untuk mengetahui sebab-musababnya untuk mengatasi demi mendapat hasil yang lebih menggalakkan. Terutama bagi durian Musang King serta baka durian lain berkualiti tinggi yang kini memperolehi harga pasaran yang tinggi, corak pembungaan dan pembuahan yang kurang memadai tentu akan menurunkan pendapatan pengusaha tanaman. Antara faktor-faktor itu, aspek keperluan air oleh pokok durian amatlah penting.
Kepentingan aspek ini sudah terbukti melalui kelumrahan pemasangan sistem pengairan di ladang durian khususnya di Thailand yang mnghadapi musim kering lebih ketara daripada Malaysia. Dalam konteks Malaysia pula, pengusaha tanaman durian yang berpengalaman akan berikhtiar untuk menyiram setiap pokok dengan air jika menghadapi cuaca kering yang lebih panjang. Ini kerana jika tindakan tersebut tidak diambil, mereka akan mengalami kerugian hasil yang besar.
Setakat manakah kerugian tersebut? Andai kata hasil buah durian untuk sepohon pokok matang berkurangan sebanyak 50 biji akibat kekurangan air, maka buah untuk satu ekar (30 pokok) akan berkurangan 1,500 biji bersamaan 5 ekar kekurangan 7,500 biji. Andai kata berat purata buah adalah 1.5kg/biji, maka jumlah kerugian hasil ialah 11,250kg dan apabila didarabkan dengan harga ladang andaian RM30.00/kg, jumlah kerugian adalah RM337,500.00. Kekurangan air malah boleh menyebabkan pokok durian tidak berbunga atau tidak berbuah mengakibatkan kerugian yang lebih besar lagi.
Oleh yang demikian, para penyelidik telah membuat kajian untuk meninjau keadaan ini. Stesen MARDI di Bukit Tangga, Kedah pernah menjalankan kajian berkenaan pada musim kering tahun 1997 terhadap pokok durian D24 berumur 8 tahun selepas tanam untuk selama 60 hari. Dengan memasang pemercik air antara 1-4 batang di bawah pokok masing-masing sudah dapat mengkaji kesan bekalan air terhadap kadar pembungaan, pembuahan dan juga keguguran putik buah. Satu pemercik dapat membekal 50 liter air sejam, namun dalam kajian tersebut satu pemercik air hanya membekalkan air untuk setengah jam sahaja di waktu pagi. Demikian, plot-plot dalam kajian tersebut telah masing-masing mendapat 25 liter air/hari (T1), 50 liter air/hari (T2), 75 liter air/hari (T3) dan 100 liter air/hari (T4). Hasil kajian itu diturunkan berikut dan plot-plot kajian disimbolkan dengan T1 – T4.
Hasil Kajian
Secara umum, kadar pembungaan pada cabang pokok adalah lebih tinggi daripada dahan utama pokok tidak kira kuantiti bekalan air yang diperolehi. T1 dan T4 menunjukkan jumlah tunas bunga dan bunga yang paling rendah menyatakan kuantiti bekalan air diperolehi itu telah mengakibatkan stres pada pokok akibat kekurangan air. Dahan utama T3 menghasilkan tunas bunga dan bunga yang paling banyak diikuti oleh T2 tetapi dari segi kadar pembungaan di cabang dahan, T2 adalah paling banyak diikuti oleh T3.
Dari segi kadar pembuahan, kelihatan durian D24 tidak dipengaruhi oleh tahap kelembapan tanah kerana secara umumnya kadar pembuahan di semua plot kajian telah meningkat sehingga 76 – 88% pada dahan utama dan juga cabang dahan. Di sisi ini juga, T1, T2, T3 dan T4 tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Bagaimanapun, kadar pembuahan pada dahan utama dan cabang dahan bagi T1 dan T3 adalah lebih rendah daripada T2 dan T4 jika ingin membandingkan.
Kuantiti bekalan air sebaliknya menunjukkan kesan ketara terhadap kadar keguguran putik buah ataupun buah kecil. Umpamanya, putik buah berumur 2 minggu di dahan utama dan cabang dahan di plot T1 masing-masing gugur sebanyak 44% dan 27%. Namun, apabila putik buah mencapai umur 5 minggu, kadar keguguran di antara semua plot kajian tiada perbezaan yang signifikan tidak kira di dahan utama ataupun cabang dahan.
Perbincangan
Hasil kajian terhadap D24 di atas menunjukkan bahawa pokok durian walaupun memerlukan tempoh cuaca kering tertentu untuk merangsang pembungaan, tetapi akan pemanjangan tempoh tersebut mengakibatkan pokok berhenti menghasilkan bunga yang lebih banyak. Keadaan ini telah dibuktikan di plot T1. Sungguhpun begitu, T1 meskipun memperolehi bekalan air yang cukup banyak, tetapi pokok juga tidak menghasilkan jumlah bunga yang lebih banyak jika dibandingkan dengan T2 dan T3 yang kelihatan telah berjaya menjana jumlah bunga yang optimum.
Gejala ini boleh difahamkan bahawa stres sederhana yang dialami oleh pokok adalah bermanfaat untuk merangsang kadar pembungaan yang lebih tinggi. Oleh kerana kajian ini hanya bermula selepas pokok-pokok durian dalam kajian itu mengalami musim kering selama 4 minggu, maka bekalan air pada kuantiti yang sederhana pada masa tersebut telah memberi manfaat kepada pokok dalam aspek penghasilan bunga yang lebih banyak. Dengan kata lain, jika bekalan air tidak diberikan pada masa tersebut, pokok di situ berkemungkinan besar akan menghadapi kadar pembungaan yang rendah.
Selain itu, jumlah putik buah berumur 2 minggu yang masih kekal di atas pokok juga agak banyak di antara 76 – 88%. Gejala ini adalah biasa bagi D24 kerana baka durian ini pada asasnya adalah baka berhasil tinggi, tambahan lagi kadar putik buah yang kekal di atas pokok tidak dipengaruhi oleh kelembapan tanah menyatakan ia bukan faktor penting di segi tersebut. Sekiranya kadar pengekalan putik buah D24 tidak tinggi, kemungkinan besar ia disebabkan oleh kadar pendebungaan yang rendah atau juga berkaitan dengan kerosakan debunga oleh air hujan.
Daripada hasil kajian itu, didapati kelembapan tanah tidak memberi kesan signifikan terhadap kadar guguran putik buah iaitu hanya di antara 1-3% sahaja. Peratusan 1-3% ini walaupun nampaknya kecil, tetapi jugalah satu angka yang besar jika dikira dari segi kemampuan pokok durian mengeluarkan hasil buah yang banyak. Selain itu, pembesaran buah durian didapati tidak dipengaruhi secara signifikan oleh kelembapan tanah, namun bekalan air pada kuantiti yang munasabah didapati akan mengurangkan tahap stres pokok selanjutnya memanfaatkan pembesaran buah.
Bahan rujukan :
M. Masri, “Flowering, Fruit Set and Fruitlet Drop of Durian (durio ziberthinus Murr.) Under Different Soil Moisture Regimes”, J. Trop. Agriculture and Food Science27(1) (1999) : 9-16. MARDI 1999.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com