Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Pokok durian yang menghadapi keguguran daun terutama di bahagian atas sehingga tertinggal sahaja ranting adalah gejala yang boleh dikaitkan dengan serangan kutu psilid durian (Allocaridara malayensis Crawford). Kutu ini tidak kira peringkat dewasa atau nim, sama-sama menyerang pucuk dan daun muda dengan cara menghisap cecair di bahagian bawah daun mengakibatkan daun berkerekot, layu kemudian gugur. Semasa serangan, perosak ini turut merembeskan sejenis manisan yang selanjutnya menyebabkan pertumbuhan kulat kulapuk hitam di permukaan daun. Akibat serangan, daun pokok gugur dengan banyak jika kawalan tidak dijalankan dan keadaan ini tentu akan menganggu prestasi pokok.
Apabila perkara ini berlaku, maka semburan racun serangga hendaklah dijalankan dengan segera. Oleh kerana perosak ini umumnya menyerang pucuk dan daun muda, maka semburan racun seelok-eloknya dijalankan semasa pokok berpucuk baru dan berdaun muda. Dimethoate adalah racun yang mempunyai bahan aktif sewajarnya untuk menanganinya. Contohnya Dimet 40, 7-15ml/10 liter air. Selain itu, malathion (contoh Hextar Malathion 840, 8ml/4.5 liter) dan chlorpyrifos + cypermethrin (contoh Nurelle D505 EC, 5-12ml/10 liter air) adalah dicadangkan untuk disembur secara bergilir-gilir dengan selangan 7-10 hari.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Sumber maklumat :
Ithnin Badri, Mohd. Shamsudin Osman dan Mohamed Mohd. Salleh, Serangga Perosak Buah-Buahan Tropika Malaysia, MARDI, 2008, hal. 60-61.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350










