You are currently viewing Bahan Tanaman Durian Musang King

Bahan Tanaman Durian Musang King

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Maklum balas daripada pengusaha tapak semaian durian tempatan menunjukkan bahawa permintaan pasaran terhadap anak benih Musang King paling hangat sehingga merangkumi 70% diikuti oleh baka durian lain khususnya Duri Hitam. Pada hakikat, beberapa ciri anak benih Musang King wujud sebagai faktor penting dalam peningkatan popularitinya.


Bagi pengusaha tapak semaian, anak benih Musang King lebih mudah untuk dikultur kerana kejayaan cantuman boleh mencapai 99%. Manakala bagi durian Duri Hitam, kadar kejayaan cantuman iaitu percambahan tunas baru selepas cantuman sering berada di antara 50 – 70% sahaja. Keadaan ini telah menyebabkan bekalannya di pasaran lebih terhad seterusnya mendorong harga pasarannya lebih tinggi daripada Musang King.

 

Adalah disyorkan bahawa anak benih Musang King yang telah mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 1.5 kaki barulah sesuai untuk dipindah tanam ke ladang. Pada ketinggian ini, kadar hidup anak benih itu boleh mencapai sehingga 95%. Lagipun harga pasaran untuk anak benih setinggi ini umumnya berpatutan justeru digemari oleh ramai pengusaha tanaman. Pada hakikat, anak benih Musang King yang tingginya 2.5 kaki atau lebih adalah optimum untuk dipindah tanam kerana kadar hidup yang tinggi sehingga 100%.

Sebagai cara perlindungan, anak benih yang baru selesai dicantumkan itu hendaklah diletakkan di bawah naungan untuk elak daripada pancaran terik matahari. Untuk tujuan ini, anak-anak benih tersebut boleh diletakkan di bawah jaring hitam sebagaimana umum diamalkan oleh ramai pengusaha tapak semaian. Apabila tunas baru di bahagian cantuman sudah mencapai 2 inci panjang, ia boleh dialihkan ke tapak terbuka untuk dibiasakan dengan keadaan cuaca. Melalui kaedah ini kadar hidup anak benih dapat ditingkatkan.

Selain itu, untuk mencegah serangan perosak serangga dan juga kulat, semburan racun setiap 10 hari adalah wajib. Pembajaan pula dijalankan setiap dua minggu dengan menggunakan baja organik serta baja foliar (bergantung pada keadaan). Didapati sistem akar anak benih Musang King kurang kuat justeru kurang berupaya untuk menyerap baja bukan organik. Oleh itu baja organik adalah disyorkan oleh sesetengah pengusaha tapak semaian.

Penanaman anak benih dalam tong plastik besar merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh segelintir pengusaha tapak semaian. Disebabkan tong tong mempunyai ruangan lebih banyak untuk akar pokok berkembang, maka didapati kaedah ini telah berjaya menghasilkan anak benih durian sama ada Musang King ataupun Duri Hitam yang lebih subur, cepat membesar serta dengan daun lebih tebal yang lebih merintang terhadap serangan perosak serangga. Umumnya anak benih yang dikultur dengan kaedah ini sudah boleh dipindah tanam ke ladang apabila umur mencapai 5 – 6 bulan.

Bagaimanapun, tong tersebut hendaklah dibuat lubang supaya air siraman tidak bertakung di dalam serta perlu dipecahkan ketika menjalankan kerja pindah tanam di ladang. Bagi anak benih Duri Hitam, ia tidak boleh dididik dalam tong plastik melebihi 2 tahun kerana perbuatan ini akan menyebabkan sistem akar bergulung di dalam dan mengganggu pengambilan nutrien. Dengana kata lain, anak benih seumpama ini adalah kurang sihat dan apabila dipindah tanam di ladang akan menghadapi kadar hidup yang lebih rendah.

Secara perbandingan, anak benih Musang King mengambil masa 6 – 7 tahun baru mula berhasil sedangkan Duri Hitam lebih cepat berbuah iaitu 3 1⁄2 tahun selepas dipindah tanam di ladang. Namun begitu, sama ada lebih cepat atau lebih lambat berbuah juga dipengaruhi oleh keadaan cuaca.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :